26 Disember 2009

Ayuh mulakan dengan diri kita.

Duhai da’ie,
Matlamatmu tinggi melangit,
Laksana bintang di cakrawala,
Tak kelihatan dek mata memandang,
Usahkan tangan mahu menggapai.

Namun,
Pernahkah engkau menyelut saku kehidupan,
Untuk mengetahui apa yang ada pada dirimu,
Sebagai bekalan meredah atmosfera nan tinggi,
Supaya tergapai cita-cita murni.

Duhai da’ie,
Usah terburu,
Renunglah dan muhasabahlah diri sejenak,
Agar tidak kecundang di pertengahan jalan,
Menuju matlamat nan tinggi.

Sekadar renungan bersama, duhai jiwa yang bergelar pejuang. Matlamatmu suci lagi murni, untuk membina baitul muslim – mujtama’ muslim – daulah islamiyyah – khilafah islamiyyah. Usah terburu untuk mencapai khilafah Islamiyyah andai kata diri kamu belum benar-benar menjadi individu muslim. Ayuh duhai pejuang islam, nabda’ bi anfusina (kita mulakan dengan diri kita).


10 CIRI INDIVIDU MUSLIM

1.Menganut Akidah Yang Betul dan Syumul.

• jelas konsep akidah, syahadah dan aplikasinya dalam kehidupan individu,
masyarakat dan negara.
• memahami dengan jelas konsep tauhid rububuyah, uluhiyyah, hakimiyah Allah
• memahami dengan jelas dan meyakini tauhid asma’ wa sifat.
• memahami konsep iman, rukun dan pembatalannya
• memahami konsep munafik dan syirik dulu dan kini
• terhindar dari khurafat dan bid'ah

2. Melakukan Ibadat Yang Sah.

• ibadat matlamat manusia dicipta
• kehidupan adalah ibadat
• 4 syarat aktiviti hidup ibadah
• beribadah dengan khusyuk
• melakukan yang fardu dan sunat
• elakkan amalan bid'ah dan khurafat
• sentiasa berdoa dan berwirid, Quran atau zikir

3.Berakhlak Unggul

• akhlak ialah nilai-nilai yang sebati dalam diri manusia. Dengan nilai ini
beliau melihat sesuatu itu baik atau buruk lantas dilakukan atau
tinggalkannya
• akhlak mendapat kedudukan tinggi dalam Islam. Rasulullah diutus untuk
sempurnakan akhlak mulia
• akhlak amalan paling berat timbangannya di akhirat
• akhlak paling minimum lakukan yang wajib tinggalkan yang haram
• kemudian tinggalkan yang syubhah
• paling tinggi , tiada perbuatan yang bercanggah dengan syarak
• amalkan sifat mahmudah, (banyak) tinggalkan sifat mazmumah (banyak)
• hidup serius, tidak buang masa, banyak menangis, sedikit ketawa
• akhlak boleh diusahakan

4.Mampu Berdikari

• yakin hasil usaha sendiri lebih mulia
• ada kerjaya, mampu sara diri dan keluarga
• melakukan kerja dengan penuh itqan
• berpengkhususan, terutama yang jarang dimiliki orang dan dikira penting
• berjimat, bukan kikir, bukan boros
• berusaha supaya wang tidak jatuh pada yang belum Islam
• menabung untuk masa depan

5.Berilmu dan Berketerampilan

• Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu
• berketerampilan syarat jaya diri dalam serba nika
• dekat dengan al-Quran dan sunnah dengan memahami dan menghafal yang termampu
• memahami sejarah rasulullah, para sahabat dan sejarah tajdid dulu dan kini
• mengetahui fiqh fardu ain, kifayah, halal-haram, metodologi dan kaedah hukum
• memahami Islam sebagai satu sistem hidup yang syumul, ajarannya, sistem
sistemnya, fikrah perjuangannya,
• memahami persoalan dakwah, metode, teknik, taktik, organisasi-organisasi
dakwah dulu dan semasa, dalam dan luar negara
• jelas persoalan salah faham terhadap Islam
• memahami ideologi-ideologi kufur, serangan terhadap Islam
• faham dan peka terhadap isu-isu semasa
• terlibat dalam aktiviti dakwah dan masyarakat
• berwibawa menyelesaikan masalah

6.Jasmani Sihat

• akal sempurna hasil badan yang sihat
• mengamalkan pemakanan seimbang
• elakkan makan berlebihan
• elakkan makan dan cara pemakanan yang memudaratkan
• makan, tidur, riadah dan rehat mengikut peraturan kesihatan
• membuat peperiksaan doktor berkala

7.Mampu Mengawal Diri

• sememangnya nafsu mendorong kepada kejahatan
• mampu mengawal runtunan nafsu
• sederhana melakukan perkara harus
• bergaul dengan orang baik-baik
• cakap sama dengan buat
• melatih diri bersabar menghadapi kesukaran

8.Berdisplin

• jadikan solat asas disiplin hidup
• semat di rumah dan di tempat kerja
• menepati janji
• sentiasa bersiap siaga

9.Menjaga Waktu

• semat menjaga masa
• menepati janji
• mengisi masa dengan perkara yang berfaedah

10.Bermanfaat Untuk Orang Lain

• menunaikan hak orang lain: rakan, isteri, anak, jiran dll
• suka beri hadiah
• suka membantu orang
• suka melakukan khidmat masyarakat
• pemurah
• komunikasi yang baik dengan orang lain
• bertanggungjawab terhadap masyarakat
• menjadi pemangkin kepada orang lain untuk melakukan kebajikan

09 Disember 2009

2 KEJAYAAN DALAM 1 KEJOHANAN...

Assalamu'laikum w.b.t...

Tahniah dan syabas ana ucapkan kepada atlet-atlet Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra KIAS di atas kejayaan antum dalam kejohanan sukan IPTIM baru-baru ni.

Pertamanya, ana ucapkan tahniah kerana berjaya membawa pulang pingat untuk KIAS iaitu 1 emas (sepak takraw), 2 gangsa (olahraga, bola tampar muslimat).

Keduanya ana ucapkan syabas atas kejayaan antum membawa imej dan penampilan yang baik semasa kejohanan berlangsung. Yang lebih ana banggakan bila mana atlet-atlet KIAS (pasukan sepak takraw) memakai jersi yang tertera di belakangnya perkataan "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" sekaligus merangkul juara bagi acara tersebut. Begitu juga dengan muslimat, atlet-atlet (acara bola tampar) kekal dengan pemakaian yang sopan dan menutup aurat juga berjaya meraih pingat gangsa. Bagi ana itu suatu pendekatan dakwah yang baik dari sudut dakwah bil hal.

Sedikit sebanyak dengan penyertaan antum dalam kejohanan IPTIM tersebut membuka mata atlet-atlet dari kampus lain.

Ini hanyalah sekadar luahan dan tidak sedikitpun berniat untuk mengagung-agungkan atlet-atlet KIAS.

08 Disember 2009

Takziah buat mangsa yang terlibat...




Tragedi yang berlaku di shopping complex KB MALL cukup mengerikan dan langsung tak pernah terlintas dek akal yang cetek. Namun Allah telah buktikan kehendakNYA mengatasi kehebatan akal manusia. Ini dijelaskan dalam firmanNYA.
Maksudnya:

Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus menjadi.
(surah yasin : 82)

Nun di sana pasti ada hikmah buat orang-orang yang bersabar dan memikirkan setiap ciptaan Allah Azza wa Jalla. Redhalah dengan ketentuan Allah dan bersabarlah dengan ujian Allah. Moga allah memberkati dan merahmati.

07 Disember 2009

Sedikit perkongsian daripadaku 2...

Kejohanan sukan IPTIM adalah salah satu sukan yang mengikat silaturrahim dikalangan mahasiswa/i IPTS-IPTS Islam Semalaysia. Kejohanan ini berlangsung 2 tahun sekali manakala tuan rumah kepada sukan ini berubah-ubah setiap tahun. Tuan rumah pada tahun ini adalah Kolej Universiti Islam Melaka.

Alhamdulillah kami sampai di sana lebih kurang pukul 2.00 p.m. walaupun perjalanan kami hampir 18 jam (kebiasaannya hanyalah 10 jam) akibat berhempas pulas dengan mehnah dan tribulasi. ‘Ala kullihalnya sampai la juga kami dan inilah first time ana datang ke KUIM.

Luahan…

Sesampai sahaja di sana, jiwa keluh kesah dibuatnya. Astaghfirullah… jika nak dibandingkan dengan infrastrukturnya dengan KIAS tak terbanding rasanya. Serba-serbi kelengkapan disediakan buat mahasiswa/i di sini. Namun, jika dibandingkan dari sudut environmentnya…ana berani katakan yang KIAS jauh lebih islamik dan masih lagi terpelihara. Manakan tidaknya, percampuran antara lelaki dan perempuan sudah dianggap biasa di sini. Seolah-olah itu bukanlah satu kesalahan disisi agama.

Tidak cukup dengan itu, pakaian siswi-siswi entah dari mana dapatnya. Mungkin mereka pinjam daripada adik-adik mereka sehinggakan ada sebahagian daripadanya ternampak urat bukan hanya sekadar aurat. Benarlah sabda rasulullah s.a.w.
Mafhumnya:

Perempuan-perempuan akhir zaman, mereka memakai pakaian-pakaian tetapi seolah-olah mereka telanjang.

Suatu perbandingan…

Bila ana mengenangkan perkara di atas, ana teringat bagaimana seorang muslimat yang mati ditikam 18 tikaman gara-gara mempertahankan jilbabnya. Pahlawan jilbab ini sungguh kental imannya sehinggakan sanggup mempertaruhkan nyawa beliau kerana mahu menegakkan syiar Allah di muka bumi ini. Sedikitpun beliau tidak membuka jilbabnya, usahkan untuk terlihat uratnya, bahkan auratnya sama sekali tidak. Demi tuntutan agama, beliau tetap dengan jilbabnya walaupun dengan pemakaian sebegitu di anggap terror.

Jelas kepada kita, beliau bukannya mempersembahkan badannya ataupun auratnya kepada masyarakat umum tetapi siswi Islam pada hari ini sengaja memakai pakaian yang ketat-ketat. Untuk siapa kamu tunjukkan badan kamu kepada masyarakat umum? Tak terbayangkah olhmu akan Neraka Jahannam? Dengan berpakaian sedemikian, bukan sahaja kamu yang berdosa tapi kamu menyebabkan masyarakat umum juga terlibat sama. Jangan jadi mahasiswi Islam yang digelar Jahiliyyah moden.

Pengurus sukan yang berotak sekular…

Masuk hari ke-4 berlangsungnya kejohanan sukan IPTIM, ana diminta untuk mewakili mesyuarat bersama dengan pengurus-pengurus kontinjen dari pelbagai kampus untuk membincangkan perihal pertandingan olahraga yang akan bermula pada keesokan harinya. Ringkas cerita, salah satu agenda mesyuarat tersebut, samada kejohanan olahraga tersebut dibuat secara berasingan antara siswa dan siswi ataupun secara serentak (siswa boleh lihat siswi lari manakala siswi boleh lihat siswa lari).

Ana dimaklumkan bahawa sebelum daripada ini pun, perkara ini menjadi isu dikalangan pengurus-pengurus sukan. Hanya pengurus daripada KIAS sahaja mempertahankan supaya dibuat secara berasingan kerana ini melibatkan dosa dan pahala. Maklum sajalah bila mana muslimat berlari sepastinya bentuk tubuh akan kelihatan dan banyak lagi benda yang sepatutnya siswa haram melihatnya. Perkataan KIAS terngiang-ngiang di kepala pengurus-pengurus sukan yang mewakili kampus kerana disebabkan kejohanan sukan dibuat secara bercampuran di antara siswa dan siswi, KIAS dengan tegas menarik diri kesemua perlawanan yang melibatkan penyertaan muslimat. Hal ini terjadi beberapa tahun yang berlalu.

Berbalik kepada mesyuarat yang ana hadiri tadi, bila disentuh isu berkenaan, dengan selamba dia (pengurus sukan kolej Islam utara) memberikan responnya:

“Apa salahnya jika kita jalankan kejohanan ini (olahraga) secara bercampuran, mereka dah besar…mereka bukannya beromen, just nak bersukan. Lagi[un, mereka bukan berada di dalam bilik tapi di tempat awam.”

Bila dengar saja ayat tersebut, teringin sahaja ana mengangkat tangan untuk hadiahkan kepadanya….geram, marah, semuanya ada.

Bukan sekadar itu, yang lebih memeranjatkan apabila melibatkan acara badminton berpasukan. Betapa dangkalnya pemikiran penganjur kejohanan apabila adanya acara badminton campuran (lelaki & perempuan). Tak sepatutnya terjadi perkara sedemikian bagi kolej yang bertitle ISLAM. Inilah akibatnya apabila terdapat individu yang berotak sekular di dalam sesebuah organisasi. Bila diungkitkan hal yang berkenan, dipandangnya kita adalah kuno, jumud, tidak profesional dll. Bagi mereka, profesionalisme lebih penting daripada dosa dan pahala.

Persoalannya:

Apa bezanya antara kejohanan anjuran IPTS-IPTS ISLAM MALAYSIA (IPTIM) dengan IPT-IPT yang bukan Islam??
Keadaan sedemikian seolah-olah kita membuka ruang kepada siswa/i dalam melakukan maksiat kepada Allah dengan pemakaian atlet sukan perempuan yang menampakkan bentuk tubuhnya kepada lelaki.

Jahiliyyah…

Jika kita merenung sirah nabawiyah, perkataan jahiliyyah disandarkan kepada ‘Arab bukan kerana kebodohan mereka dalam menjalani kehidupan harian tetapi lebih dari itu. Perkataan Jahiliyyah disandarkan kepada mereka kerana mereka hidup bukan dalam naungan petunjuk. Ya, petunjuk yang dimaknsudkan adalah Islam. Sistem kehidupan Islam sahaja yang membezakan seseorang tersebut samada Jahiliyyah ataupun tidak. Jangan sampai kita digelar jahiliyyah moden…

APABILA PENDIDIKAN DI'POLITIK'KAN...

Berbagai korupsi dan banalitas (kedangkalan dan penyelewangan) apabila setiap perkara di’politik’kan. Yang amat menyedihkan lagi apabila pendidikan juga di’politik’kan. Pendidikan adalah satu proses untuk melahirkan rakyat yang bersifat nasionalisme, patriotisme. Kesannya nanti kita dapat lihat bagaimana nasionalisme pemuda bangsa kita ini akan berubah menjadi ultra-materialisme dan ultra-hedonisme. Tidak cukup dengan itu, patriotisme akan diragut oleh apatisme (sikap yang tidak peduli)
terhadap kebijakan, kecerdikan, kecerdasan dan sebagainya. Maka akan lahir sebuah masyarakat yang penuh dengan kudis budaya yang bernanah dan membusuk.



Takziah buat Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) di atas pengumumam beliau tentang had jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh seseorang pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Antara kata-kata yang meng’kebumi’kan para intelektual Malaysia:

‘‘Kabinet memutuskan 10 subjek utama kekal tapi kita beri kelonggaran kepada pelajar membuat pilihan sendiri sama ada untuk ambil subjek bahasa atau kesusasteraan Cina dan Tamil.

‘‘Pelajar SPM boleh ambil 11 atau 12 subjek tapi ia tidak akan diambil kira dalam keputusan 10 subjek teras,’’ katanya.

Sila rujuk : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Dengan kata lain, memutuskan ‘pewaris intelektual’.


Persoalannya:


Apakah ianya satu keputusan yang benar-benar berintegriti ataupun ianya di’politik’kan?

Apakah kerana sebelum daripada ini pelajar dari sebuah negeri pembangkang yang menjuarai ranking Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?


Siti Fatimah Mokhtar






Nik Nur Madihah







Natijahya:

Sepastinya tidak akan lahir belia (pelajar) yang mempunyai kekuatan aqidah dan fizikal (al-Qawiyyul Amin), keunggulan peribadi, keluasan ilm

u dan daya fikir, keberanian kerana benar, berhikmah, beramanah, keterbukaan, berketerampilan dan berjiwa besar.


Desakan:

Kerajaan seharusnya mengkaji balik keputusan yang telah dikeluarkan kabinet dalam usaha nak melahirkan para negarawan yang bersifat intelektual, nasionalisme dan patriotisme dalam menggapai misi wawasan 2020.



.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger