13 Ogos 2010

Buatmu Ustazah Nur Hidayah Ibrahim...


Lama sungguh khabar ustazah tidak kedengaran,
Bermula turunnya dari bahtera kepimpinan,
Hinggalah datangnya 6 sms.

Ana bagaikan tidak percaya,
Seorang insan yang banyak berjasa,
Bersama memandu bahtera perjuangan,
Merempuh badai yang tak berkesudahan,
Suka dan duka diharungi bersama,
Baru sahaja menjadi tetamu Allah petang tadi.

Dulu,
Ana masih ingat,
Dia (ustazah hidayah),
Wajah yang sentiasa tersenyum,
Suara yang lunak memberikan nasihat,
Jiwa yang sangat sensitif akan perihal sahabatnya.

Pernah suatu ketika,
Bila panggilan amal islami menjengah tiba,
Dikala sahabat lain bersama keluarga,
Bersantai mahupun berseronok,
Kamu sahut ia dengan hati yang tenang,
Tiada langsung air muka keberatan,
Walaupun kamu tahu,
Kerja yang bakal dilakukan tiada upah mahupun ganjaran,
Yang diharapkan adalah keredhaan sang pencipta.

Kini,
Ianya hanyalah tinggal sebuah kenangan,
Yang akan menjadi bonus buatmu,
Dikala perhitungan kelak,
Untuk meraih firdausi..

Ana doakan semoga ustazah menjadi tetamu istimewaNya.


Beliau merupakan mantan Timbalan Exco Lajnah Kebajikan PMKIAS


Saat beliau dijemput:
Diceritakan oleh beberapa orang sahabat seperjuangan bahawa beliau terlibat dalam sebuah kemalangan di daerah Pasir Mas pada jam 4 ptg tadi. Menurut abangnya (diberitahu oleh sahabat ana), dia terlelap semasa memandu akibat terlalu penat.

Solat Jenazah:
Kepada sesiapa yang mengenalinya, solat jenazah akan dilakukan pada pukul 11 pg esok (Jumaat – 13 Ogos 2010 bersamaan 3 Ramadhan 1431 H) di rumahnya Kg. Cetok, Pasir Mas, Kelantan.


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...wbt..
al-fatihah bt arwah..
rasa kehilangan bila mendapat berita..
semoga arwah ditempatkan bersama-sama golongan pilihan Allah...

Catat Ulasan

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger