17 Mei 2011

Alahai, apalah nak jadi? Harga RON95 mungkin naik lagi kata Menteri Perdagangan...




Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob: 

"Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga harga petrol RON95. Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga."



Soalnya, nak bersedia untuk apa?


1) Bersedia untuk ditindas lagi oleh kerajaan.

2) Bersedia untuk rakyat yang menggunakan kereta viva bertukar menggunakan motosikal.

3) Bersedia untuk rakyat yang menggunakan motosikal kepada menggunkan basikal.

4) Bersedia untuk mengurangkan duit belanja anak-anak ke sekolah.

5) Bersedia untuk kenaikan barang secara menyeluruh akibat kenaikan minyak.


Rakyat menjawab:

"Kami inginkan pemerintah atau kerajaan Malaysia bersedia untuk bertanggungjawab dihari pengadilan yang disebut hari perhitungan amal ataupun hari HARI KIAMAT. Kami tidak mahu kerajaan terkejut dengan berkata kami tidak mengetahui bahawa adanya hari perhitungan yang akan menentukan samada kami akan ke SYURGA atau NERAKA ALLAH SWT."




Rakyat menjawab lagi:

Mengapalah pemimpin negara Malaysia terlalu 'cerdik' sehinggakan harga minyak bagi negara kita selaku negara pengeluar minyak melambung tinggi?

Malaysia 
Harga Petrol: RM 2.90
Negara pengeluar minyak ke-27 di dunia

Oman
Harga Petrol: RM 1.00
Negara pengeluar minyak ke-28 di dunia

Egypt @ Mesir
Harga Petrol: RM 1.06
Negara pengeluar minyak ke-29 di dunia

Qatar
Harga Petrol: RM 0.75
Negara pengeluar minyak ke-22 di dunia

Iran
Harga Petrol: RM 0.35
Negara pengeluar minyak ke-8 di dunia

Jika dinilai apa yang berlaku semua ini, maka sekalung tahniah buat kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak di atas slogan yang seringkali dilaungkan oleh beliau:

"Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"

Inilah salah satu daripada bukti bahawasanya rakyat didahulukan..
Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah..
Rakyat miskin akan terus miskin..
Tanpa ada siapapun yang ambil kisah..



Barakallahu fikum wahai para guru...

Kata-kata yang cukup bermakna daripada Rubi'ie bin Amir kepada panglima tentera Parsi (Rostum):


الله ابتعثنا و جاء بنا لنخرج من شاء من عبادة العباد الى عبادة الله تعالى ومن ضيق الدنيا الى سعة الآخرة ومن جور الأديان الى عدل الاسلام


Maksudnya:
"Allah telah membangkitkan dan telah mendatang kami bagi mengeluarkan sesiapa sahaja dari penyembahan sesama manusia kepada penyembahan kepada Allah SWT, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.."

Jika diperhatikan akan makna perkataan yang diungkapkan oleh Rub'ie bin Amir, ianya cukup mendalam dan besarnya peranan mereka selaku prajurit-prajurit Islam. Sepastinya mereka memerlukan kepada usaha yang gigih, bekalan yang cukup, pengorbanan yang tinggi serta sanggup menghadapi apa jua mehnah dan tribulasi yang mendatang.

Kini, generasi penyambung kepada perjuangan yang dilakukan oleh Rub'ie bin Amir dan para prajurit Islam tentunya terpundak di atas bahu golongan yang disebut sebagai "para guru" atau istilah yang lainnya adalah "sang pendidik". Tanpa "sang pendidik" maka siapalah kita pada hari ini. Walaupun pada hakikatnya, "sang pendidik" adalah wasilah kerana hanya Allah yang mengajar dan memahamkan manusia akan ilmu-ilmuNya. Namun jasa dan keringat mereka yang cukup besar itu, tidak seharusnya dipandang enteng oleh mereka yang pernah bergelar "pelajar" secara rasmi mahupun tidak. Ketahuilah, profesion perguruan adalah semulia-mulia pekerjaan kerana ianya adalah seiring dengan tugas para rasul dan nabi yang terdahulu iaitu mendidik manusia.

Akhir kata, barakallahu fikum di atas usaha jerih perih dalam mendidik manusia sehingga menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat. 

Selamat hari guru yang telah banyak berjasa, dan sekaligus merealisasikan kata2 Rub'ie bin Amir..
Barakallahu fikum..

03 Mei 2011

Seminar Muamalat & Perbankan Islam Peringkat Kebangsaan 2011 (SMPi '11)


Kenapa anda mesti menyertai seminar tersebut?
1) Seminar ini julung-julung kalinya diadakan yang melibatkan gabungan pakar dan pengamal ekonomi semasa luar dan dalam negara.
2) Penampilan 2 tokoh pengamal ekonomi semasa non-muslim yang akan membahaskan muamalat Islam menurut pandangan mereka.
3) Pendedahan maklumat berkaitan dengan muamalat dan perbankan Islam yang merupakan salah satu bidang yang amat penting bagi umat Islam masakini.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Tarikh tutup penyertaan 05 Mei 2011.

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger