26 Disember 2009

Ayuh mulakan dengan diri kita.

Duhai da’ie,
Matlamatmu tinggi melangit,
Laksana bintang di cakrawala,
Tak kelihatan dek mata memandang,
Usahkan tangan mahu menggapai.

Namun,
Pernahkah engkau menyelut saku kehidupan,
Untuk mengetahui apa yang ada pada dirimu,
Sebagai bekalan meredah atmosfera nan tinggi,
Supaya tergapai cita-cita murni.

Duhai da’ie,
Usah terburu,
Renunglah dan muhasabahlah diri sejenak,
Agar tidak kecundang di pertengahan jalan,
Menuju matlamat nan tinggi.

Sekadar renungan bersama, duhai jiwa yang bergelar pejuang. Matlamatmu suci lagi murni, untuk membina baitul muslim – mujtama’ muslim – daulah islamiyyah – khilafah islamiyyah. Usah terburu untuk mencapai khilafah Islamiyyah andai kata diri kamu belum benar-benar menjadi individu muslim. Ayuh duhai pejuang islam, nabda’ bi anfusina (kita mulakan dengan diri kita).


10 CIRI INDIVIDU MUSLIM

1.Menganut Akidah Yang Betul dan Syumul.

• jelas konsep akidah, syahadah dan aplikasinya dalam kehidupan individu,
masyarakat dan negara.
• memahami dengan jelas konsep tauhid rububuyah, uluhiyyah, hakimiyah Allah
• memahami dengan jelas dan meyakini tauhid asma’ wa sifat.
• memahami konsep iman, rukun dan pembatalannya
• memahami konsep munafik dan syirik dulu dan kini
• terhindar dari khurafat dan bid'ah

2. Melakukan Ibadat Yang Sah.

• ibadat matlamat manusia dicipta
• kehidupan adalah ibadat
• 4 syarat aktiviti hidup ibadah
• beribadah dengan khusyuk
• melakukan yang fardu dan sunat
• elakkan amalan bid'ah dan khurafat
• sentiasa berdoa dan berwirid, Quran atau zikir

3.Berakhlak Unggul

• akhlak ialah nilai-nilai yang sebati dalam diri manusia. Dengan nilai ini
beliau melihat sesuatu itu baik atau buruk lantas dilakukan atau
tinggalkannya
• akhlak mendapat kedudukan tinggi dalam Islam. Rasulullah diutus untuk
sempurnakan akhlak mulia
• akhlak amalan paling berat timbangannya di akhirat
• akhlak paling minimum lakukan yang wajib tinggalkan yang haram
• kemudian tinggalkan yang syubhah
• paling tinggi , tiada perbuatan yang bercanggah dengan syarak
• amalkan sifat mahmudah, (banyak) tinggalkan sifat mazmumah (banyak)
• hidup serius, tidak buang masa, banyak menangis, sedikit ketawa
• akhlak boleh diusahakan

4.Mampu Berdikari

• yakin hasil usaha sendiri lebih mulia
• ada kerjaya, mampu sara diri dan keluarga
• melakukan kerja dengan penuh itqan
• berpengkhususan, terutama yang jarang dimiliki orang dan dikira penting
• berjimat, bukan kikir, bukan boros
• berusaha supaya wang tidak jatuh pada yang belum Islam
• menabung untuk masa depan

5.Berilmu dan Berketerampilan

• Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu
• berketerampilan syarat jaya diri dalam serba nika
• dekat dengan al-Quran dan sunnah dengan memahami dan menghafal yang termampu
• memahami sejarah rasulullah, para sahabat dan sejarah tajdid dulu dan kini
• mengetahui fiqh fardu ain, kifayah, halal-haram, metodologi dan kaedah hukum
• memahami Islam sebagai satu sistem hidup yang syumul, ajarannya, sistem
sistemnya, fikrah perjuangannya,
• memahami persoalan dakwah, metode, teknik, taktik, organisasi-organisasi
dakwah dulu dan semasa, dalam dan luar negara
• jelas persoalan salah faham terhadap Islam
• memahami ideologi-ideologi kufur, serangan terhadap Islam
• faham dan peka terhadap isu-isu semasa
• terlibat dalam aktiviti dakwah dan masyarakat
• berwibawa menyelesaikan masalah

6.Jasmani Sihat

• akal sempurna hasil badan yang sihat
• mengamalkan pemakanan seimbang
• elakkan makan berlebihan
• elakkan makan dan cara pemakanan yang memudaratkan
• makan, tidur, riadah dan rehat mengikut peraturan kesihatan
• membuat peperiksaan doktor berkala

7.Mampu Mengawal Diri

• sememangnya nafsu mendorong kepada kejahatan
• mampu mengawal runtunan nafsu
• sederhana melakukan perkara harus
• bergaul dengan orang baik-baik
• cakap sama dengan buat
• melatih diri bersabar menghadapi kesukaran

8.Berdisplin

• jadikan solat asas disiplin hidup
• semat di rumah dan di tempat kerja
• menepati janji
• sentiasa bersiap siaga

9.Menjaga Waktu

• semat menjaga masa
• menepati janji
• mengisi masa dengan perkara yang berfaedah

10.Bermanfaat Untuk Orang Lain

• menunaikan hak orang lain: rakan, isteri, anak, jiran dll
• suka beri hadiah
• suka membantu orang
• suka melakukan khidmat masyarakat
• pemurah
• komunikasi yang baik dengan orang lain
• bertanggungjawab terhadap masyarakat
• menjadi pemangkin kepada orang lain untuk melakukan kebajikan

0 comments:

Catat Ulasan

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger