07 November 2009

IKHLASKAH IBADAH KITA...?

MERDEKA, MERDEKA, DAN MERDEKA!!! Perkataan inilah yang terkeluar daripada mulut students KIAS dan sepastinya ana juga termasuk sama bila keluar sahaja dewan exam pada hari terakhir exam. Boleh jawab atau tidak, itu lain hal. Yang penting exam dah pun selesai. Itulah yang berlaku pada seorang student yang sepastinya menjadikan exam sebagai musuh yang menjajah kehidupan hariannya. Mana tidaknya, suka atau tidak mereka terpaksa berduet dengan silibus (muqarrar) sahaja walau ke mana sahaja mereka pergi. Alangkah indahnya amalan seperti ini menjadi tabiat meraka selaku seorang pelajar. Tidaklah digelar sebagai ustaz muqarrar.

Apa yang ana nak tarik perhatian pembaca sekalian adalah berkaitan dengan sifat sesetengah pelajar seluruh dunia umumnya bila mana berada dalam fatrah peperiksaan. Keadaannya sama seperti mana umat Islam menyambut kedatangan Ramadhan. Bukan main lagi, bila mana datangnya Ramadhan…yang tak pernah tahajjud, bangun untuk tahajjud sama…yang tak pernah datang masjid untuk sama-sama solat fardhu secara berjemaah, datang ke masjid…(maaf, bukan niat penulis untuk merendah-rendahkan amalan yang dilakukan di bulan tarbiah bagi umat Islam) ala kullihalnya semuanya bagus…Yang jadi masalah, bulan Ramadhan bukan main lagi segala amalan yang dianggap sunnah dilakukan untuk meraih ganjaran daripada Allah s.w.t. tapi bila berakhirnya Ramadhan usahkan tahajjud, solat berjemaah pun jarang-jarang sekali nampak. Jelasnya, ibadah dilakukan mengikut musim. Hanya bulan Ramadhan sahaja kita nak mendekatkan diri kepada Allah tapi bila bulan selain Ramadhan seakan-akan kita melupakan Allah dan buat ala kadar sahaja. Sedangkan Ramadhan adalah bulan untuk melatih diri kita supaya selepas daripada Ramadhan kita dapat thabat dengan amalan-amalan yang baik.

Hal yang sama berlaku kepada sesetengah pelajar bila tarikh exam hampir tiba. Ada yang bangun seawal jam 3 pagi untuk bertahajjud, solat hajat dll sekaligus menghafal atau mengulangkaji subjek2 yang diambil dan yang lebih dahsyat, ada yang sanggup tak tidur malam. Boleh dikatakan 99.999 % yang berdoa supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dalam dewan exam kelak. Namun mengikut firasat ana, hanya segelintir daripada mereka yang berdoa dengan doa : “Ya Allah permudahkanlah urusanku (exam) supaya aku dapat menjawab dengan tenang dan aku dapat beramal dengan ilmu yang aku miliki.” Bila mengenangkan hal ini, teringat ana akan kata-kata Syeikh Muhammad Al-Ghazali yang bermaksud: “Pelajar-pelajar akhir zaman, mereka menghafal maklumat-maklumat dan ilmu-ilmu kemudian mereka memuntahkan dalam dewan peperiksaan…”

اصلح نفسك وادع غيرك

Pengajaran:
1) Ayuh sahabat2 kita elakkan diri kita daripada mendeklatkan diri kita kepada Allah secara bermusim.
2) Jangan lupa untuk kita tambahkan doa kita bukan sekadar boleh jawab exam tapi boleh beramal dengan ilmu yang kita ada. Sebagaimana pepatah ‘Arab yang bermaksud :” Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah”.
3) Ayuh kita sama-sama ikhlaskan diri dalam mengabdikan diri kepadaNYA.

0 comments:

Catat Ulasan

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger