21 Julai 2010

Sedikit Perkongsian...


Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, para sahabat serta mereka yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga ke hari akhirat…

Ribuan kemaafan kepada para pengunjung blog yang tidak seberapa ini kerana sudah lama ana tidak update this blog. Apa pun syukur kepada Allah s.w.t. di atas kurniaan nikmat IMAN & ISLAM. Jika nak dihitungkan akan nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. sepastinya takkan terhitung kerna banyaknya nikmat yang dilimpahkan buat hambaNYA. Namun begitu, masih ramai dikalangan hambaNYA yang tidak bersyukur akan pemberian itu.

Allah s.w.t. berfirman:


فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ


Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).


Masa berlalu terlalu pantas. 3 tahun lepas bagaikan mimpi semalam. Putaran saat terus melangkah tanpa mempedulikan siapapun ia. Begitu amanahnya masa dalam menjalankan taklifannya selaku hamba Allah.

Kalau 3 tahun lepas ana merasakan betapa panjangnya tempoh untuk ana menamatkan pengajian diperingkat diploma, tetapi kini ungkapan itu bertukar kepada “Ya Allah, betapa cepatnya masa berlalu. Bagaikan mimpi semalam”. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra tempat ana mengenal erti kehidupan terpaksa ditinggal demi meneruskan pengembaraan seorang hamba menuju keredhaan Ilahi.

Kini tempoh pengajian ana diperingkat diploma telahpun selesai dan menunggu saat menerima segulung sijil diploma. Namun apa yang bermain difikiran: Apakah yang ana dapat dan ana laksanakan sepanjang tempoh 3 tahun pengajian di bumi Nilam Puri? Ini kerana Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah menuturkan:

حاسبوا قبل ان تحاسبوا .. وزنوا قبل ان توزنوا

“Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung di hadapan Allah dan timbanglah ‘amal diri kamu sebelum kamu ditimbang di hadapan Allah..”

Alangkah kerdilnya diri yang lemah ini jika nak dibandingkan dengan golongan terdahulu, bilamana dibacakan ayat-ayat al-Quran kepada mereka…mereka terus melaksanakan sebagaimana tuntutan al-Quran. Tidak hairanlah mereka digelar sebagai JILUL QURAN..Keimanan yang memuncak dalam diri mereka menyebabkan mereka terus memanifestasikan isi kandungan al-Quran.

Namun persoalannya, bagaimana pula dengan generasi kita di zaman yang serba mencabar ini? Bagaimana pula dengan diri kita? Kini yang kedengaran adalah keluhan-keluhan umat (golongan ibu bapa) akan perihal anak-anak mereka. Hari ini terjadinya kembali fenomena “Kami dengar dan kami berpaling dari kebenaran”.

Kenapakah hal ini berlaku?

Ayuh kita kembali menghayati zaman Rasulullah s.a.w. bagaimana baginda memulakan proses pendidikan (tarbiah). Antara elemen tarbiah yang awal yang disemaikan oleh baginda kepada umatnya ketika itu adalah tarbiah imaniah (pendidikan iman) dan disertakan seiring dengan contoh tauladan yang terbaik. Apa yang boleh dikaitkan dengan fenomena yang berlaku pada hari ini ialah disebabkan lemahnya proses pendidikan iman kepada anak-anak. Pendidikan iman ini seharusnya bermula diperingkat kanak-kanak lagi kerna ianya mudah dibentuk. Bak pepatah melayu:

Melentur buluh biarlah dari rebunnya.”

Imam As-Syahid Hasan Al-Banna menyatakan:

Sesungguhnya tugas kita adalah memimpin dunia dan membimbing seluruh manusia menuju sistem dan ajaran Islam, yang tanpa Islam manusia tidak akan mendapat kebahagian..

(Risalah Il Ayyi Syaiin Nad’un Nas)

Beliau menegaskan lagi:

Sesungguhnya seluruh penduduk dunia tengah dalam kebingungan dan keguncangan. Sistem-sistem yang ada tidak mempunyai kemampuan untuk memberikan solusi dan tiada solusi bagi persoalan dunia melainkan Islam. Kerana itu, tampillah (wahai Ikhwan) dengan menyebut nama Allah, untuk menyelamatkan dunia, seluruh manusia tengah menunggu sang penyelamat, dan tidak ada yang dapat menyelamatkan mereka kecuali rislah Islam yang lenteranya kalian bawa dan serukan.

(Risalah Ilasy Syabab)

Akhir kata:

Ya Allah, masukkan aku dalam golongan hambaMu yang berilmu dan beramal soleh, janganlah engkau jadikan ilmuku ini tidak bermanafaat kepadaku..

Ya Allah, tambahkanlah ilmu yang bermanfaat bagiku…serta jadikalah ianya sebagai cahaya buatku untuk menelusuri kehidupan dicelah-celah kegelapan..

Hanya kepadaMu aku berserah diri dan hanya kepadaMu aku bertawakkal..

0 comments:

Catat Ulasan

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger