Assalamu’alaikum w.b.t.
Selamat bagi mereka yang mengikuti petunjuk..
Alhamdulillah, semalam ana sempat bersama dengan masyarakat di Madrasah Hj. Wan Ahmad untuk berkongsi sedikit sebanyak akan ilmu Allah swt dan iftor (berbuka puasa).
Justeru itu, kehadiran ana di sana bukanlah untuk mengajar selaku seorang ustaz tetapi selaku seorang pelajar agama berkongsi akan pelajaran yang dipelajari. Ini kerana, jika nak dihitung siapalah ana dengan ilmu yang amat sedikit. Saranan daripada seorang ustaz masih lagi terngiang-ngiang di telinga. Antara saranan tersebut ialah: “Syed, jika ada orang menjemput anta untuk berkongsi ilmu dan pengisian bagi sesuatu program, pergilah. Jangan malu mahupun takut kerana ianya akan melatih anta untuk menjadi seorang penyampai yang baik. Jadikan ia sebagai medan untuk anta melatih dan mencungkil potensi diri tetapi anta mesti banyak membaca.”
Teringat juga ketika bersembang-sembang dengan ukhti yang sekarang ni sedang berjuang untuk mendapat ilmu Allah di bumi UIAM Kuantan, Pahang. Dia menceritakan tokoh sasterawan Negara iaitu A Samad Said yang pernah berkongsi bagaimana untuk membolehkan beliau mengeluarkan sesebuah karya yang hebat dengan melalui kaedah:
1) Membaca
2) Membaca
3) Membaca
4) Menulis
Apa yang beliau lakukan adalah melalui pembacaan demi pembacaan dan seterusnya barulah diteruskan dengan penulisan.
Ya, sahabat-sahabat. Ana memerhatikan terhadap diri ana sendiri, bila tidak mempunyai apa-apa, ana takkan dapat kongsi apa-apa. Pembacaan mesti ditingkatkan. Tetapi diri ini sentiasa mengantuk bila buku tiletakkan dihadapan untuk dibaca. Kata ustaz Akil Hayy, “Sekali bilik kitab, sehelai bulu mata jatuh”. Mudah mudahan kita menjadi golongan yang sentiasa menambahkan ilmu dengan pembacaan.
Ana juga ingin menyeru kepada sahabat sekalian untuk kita sama-sama mengasah potensi diri dari sudut public speaking. Pantas, ana bukanlah seorang yang hebat dari sudut public speaking dan masih lemah.
Semoga bermanfaat buat sahabat sekalian
Wallahua’lam..
0 comments:
Catat Ulasan