08 Ogos 2010

Lama menyepi...

Assalamu’alaikum w.b.t.
     
     Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda serta para sahabat, tabi’ien dan seluruh umat Islam yang meneruskan perjuangan baginda hingga ke hari akhirat.

Lamanya menyepi
     
     Alhamdulillah, panjatan tahmid buat rabbul ‘alamin, hampir dua minggu ana menyepi tanpa berita ataupun posting. Subhanallah, maha suci engkau ya Allah.. Ana bersyukur kerana disedarkan oleh Allah dengan suatu peristiwa yang menimpa diri ana. Hampir seminggu diri ini tak mampu untuk bergerak aktif, berceloteh dengan sanak saudara, dan berbagai lagi. Apa yang mampu dibuat adalah merebahkan diri di atas tilam yang empuk dan berkurung di dalam rumah. Bila direnungkan sudah lama rupanya Allah tidak menguji hambanya ini dengan ujian kesihatan. Namun apa yang boleh dikatakan, betapa kerdil dan lemahnya manusia. Inilah hakikat yang perlu disedari bagi mereka yang bergelar manusia.

Hikmahnya

     Kebanyakan manusia bila mana mereka berada dalam keadaan sihat, jarang sekali mereka ingin bersyukur kepada Allah. Sebaliknya, bila mana mereka diuji dengan ujian kesihatan, mereka sentiasa menyebut perkataan: Ya Allah sakitnya.. Astaghfirullah.. Ya Rabbi.. dan berbagai lagi. Tidak terkecuali juga dengan diri ini. Mungkin sebelum ini ana kurang bersyukur akan nikmat Allah, bila mana ditarik sekejap nikmatNya terasa bagaikan susahnya hidup ini.

Allah berfirman dalam hadis qudsi:

Aku mengikut sangkaan hambaKu, Aku bersamanya (memberi rahmat dan membelanya) apabila dia mengingatiKu. Jika mereka mengingati dalam dirinya nescaya Aku akan menyebutnya dalam diriKu. Apabila mereka menyebut namaKu dalam kumpulan nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka. Jika mereka menghampiriKu sejengkal, Aku mendekati mereka sehasta. Jika mereka menghampiriKu sehasta, Aku mendekati mereka sedepa dan apabila mereka datang kepadaKu dalam keadaan berjalan, Aku datang kepada mereka berlari.”
(Bukhari: 171/8)


.::Subhanallah, lihatlah betapa penyanyang dan rahmatnya Allah::.

0 comments:

Catat Ulasan

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger