“Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen...”
Tazkirah ringkas di Pejabat MB pada 25 Mei 2010
“Jika kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah, doktor yang akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah swt sebagai Tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dengan masalah...”
Tazkirah rimgkas di Pejabat MB pada 24 Mei 2010
“Bila kita membeli belah di kedai, kita tukarkan duit dengan barang. Oleh yang demikian, kita tidak saying belanjakan duit kerana nampak barang di depan mata. Namun, sedarkah kita bila kita laburkan duit untuk kebaikan, seperti kita membeli pahala dengan duit kita. Walaupun pahala ini benda yang tidak nampak, tetapi itulah duit kita di akhirat...”
Lawatan ke Yayasan Kurang Upaya (YOKUK), Pengkalan Chepa pada 9 Mei 2010
“Islam ini tak boleh lari dari ceramah dan menerang. Bahkan wajib bagi orang lelaki mendengar dua kali ceramah dalam masa satu minggu iaitu dua khutbah jumaat. Bahkan betapa seriusnya kewajipan itu ditukar dengan dua rakaat solat zohor yang lazimnya pada hari-hari biasa. Ertinya ceramah ini benda wajib, tinggal lagi gelarannya yang berbeza. Di masjid, namanya khutbah. Di pentas, namanya ceramah. Semuanya bertujuan menerang tentang Islam...”
Ceramah umum Majlis Sepadu Bersama Rakyat di Pengkalan Chepa pada 20 Mei 2010
Perasmian Hari Guru PASTI peringkat Negeri Kelantan pada 22 Mei 2010 bertempat di Balai Islam, Lundang.
Dipetik dari: 110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepanjang 2010
0 comments:
Catat Ulasan