01 Mac 2011

Perbezaan di antara Perhimpunan Pro-Kerajaan & Anti-Kerajaan Yaman

Assalamu’alaikum wbt..
Salam sejahtera bagi mereka yang mengikuti petunjuk..

Alhamdulillah hari ini dapat melihat dengan lebih jelas demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak Pro-Kerajaan dan Anti-Kerajaan. Syukur kepada Allah atas peluang yang diberikan.

Pro-Kerajaan

Perhimpunan dan perkhemahan pro-kerajaan diadakan di dataran tahrir. Apa yang berlaku di sana adalah sebagaimana berikut:

1) Tidak ada langsung pengisian untuk penyokong melainkan Khazzin Kot (amalan orang yaman yang tidak memajukan rakyat) mengunyah dan mengumpulkan daun-daun di dalam mulut sehingga menjadi besar pipi.
2) Menjadi tempat lepak dan bersantai kerana dihidangkan Kot.
3) Tidak mempunyai roh demonstrasi.
4) Rasa tidak nyaman bila berada di sana.
5) Orang-orang yang tidak ramah dan bermuka bengis.
6) Kebanyakan dari pendemonstrasi memegang senjata baik pistol, kayu, besi dan sebagainya.
7) Tiada seruan untuk menunaikan hak Allah (solat) bila mana azan berkumandang.
8) Tidak seramai anti-kerajaan.

Anti-Kerajaan

Perhimpunan anti-kerajaan diadakan di depan Jamiah Sana’a. Apa yang berlaku sebagaimana berikut:

1) Setiap detik mempunyai pengisian daripadsa wakil-wakil parti Islah mahupun masyaikh, begitu juga syabab dan muslimat. Antara pengisiannya adalah pidato (disampaikan oleh masyaikh, syabab dan muslimat dengan bersemangat), doa, laungan slogan dan sebagainya.
2) Menjadi tempat pembakar semangat kepada rakyat untuk terus berjuang untuk menegakkan yang hak dan menjatuhkan yang batil.
3) Dikelilingi dengan roh-roh yang inginkan perubahan ke arah kebaikan.
4) Terasa nyaman dan selamat.
5) Kebanyakan dari mereka cukup ramah.
6) Para pendemonstrasi cukup menjaga keselamatan dan mereka tidak bersenjata melainkan sepanduk dan bendera.
7) Cukup indah bila mana tiba waktu maghrib, para pendemonstrasi diseru supaya menunaikan hak Allah (solat) secara berjemaah. Para aktivis bergegas mengambil wudhuk dan memenuhi ruangan saff solat. Mereka solat di atas jalan raya tanpa alas Demi menyahut seruan Allah.
8) Terlalu ramai.

Esok (selasa 1 March 2011) akan diadakan demonstrasi secara besar-besaran oleh pihak anti-kerajaan.

Oleh yang demikian, kelas di universiti yang saya belajar juga dibatalkan. Kalau di universiti iman (universiti yang diasaskan oleh Syeikh Abdul MAjid Az-Zindani) awal lagi bercuti kerana kebanyakan pelajarnya turun berdemonstrasi. Manakala kelas di Universiti Iman akan bermula apabila Ali Abdullah Soleh (Presiden Yaman) jatuh (khabar angin). Yang menarik adalah mahasiswa-mahasiswa Universiti Iman bekampung di dataran demonstrasi depan Universiti Sana'a dengan berbekalkan kitab-kitab. Mereka berdemonstrasi sambil muraja'ah pelajaran di dalam deretan khemah yang didirikan.


Inilah antara perbezaan diantara kedua-dua belah pihak. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada mereka yang ingin menegakkan agamaNya di muka bumi ini.


Mohon maaf kerana tidak sempat untuk mengambil gambar bagi tatapan para pembaca.

Sekian, semoga ada manfaatnya..

0 comments:

Catat Ulasan

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger