14 Mac 2011

Perutusan & Peringatan Ringkas Presiden PERMAYA






Assalamualaikum....

kepada seluruh rakyat Malaysia di Yaman, terutama sekali para ahli PERMAYA yang dikasihi sekalian. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua..insyaAllah. 

Terima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia terutamanya kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang telah menyediakan penerbangan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Yaman tetapi atas sebab kerajaan Presiden Repubik Yaman Ali Abdullah Soleh tidak membenarkan penerbangan tersebut mendarat di lapangan terbang Sana’a.


Memandangkan keadaan di Sana'a, Yaman sekarang ini semakin ketara, kami daripada pihak kepimpinan PERMAYA bersama pihak kedutaan sedang berusaha untuk memohon kerjasama pihak kerajaan Yaman agar dapat menerima permohonan dan mengambil tindakan segera untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia di sekitar Sana’a ini untuk keluar dari negara republik ini sebelum keadaan menjadi semakin parah.

Sepertimana yang kita ketahui, Yaman merupakan negara yang bebas bersenjata. Rakyat-rakyatnya sekarang sudah bersedia untuk bertempur dengan sesiapa sahaja yang akan menentangnya. Sudah beribu-ribu cedera, beratus-ratus parah dan berpuluh-puluh sudah mati dalam keadaan penentangan anti-kerajaan terhadap kerajaan repulik sekarang.

Dalam menilai keadaan sekarang, ketegangan di Yaman menjadi semakin parah sekiranya tidak ada tindakan segera yang mampu menyatukan kedua-dua belah pihak.

Apa yang ingin diperkatakan, “Gerak kerja yang sepatutnya dilakukan, tidak sama seperti apa yang kita sangka”. Banyak urusan-urusan yang terpaksa melibatkan kerajaan Yaman yang sekarang ini mereka berhadapan dengan penentang dari pihak pembangkang.

Kami dari pihak kepimpinan PERMAYA dan Kedutaan amat mengharapkan kerjasama semua agar tidak mendekati mana-mana kawasan yang menjadi tempat tumpuan rakyat Yaman untuk mengelak sebarang kesulitan yang mungkin akan menambah bebanan kami yang mengurus rakyat Malaysia seluruhnya.

Sebagai persediaan awal, para ahli bolehlah menyiapkan barangan keperluan dan kepentingan untuk memudahkan lagi gerak-kerja setelah adanya pengumuman yang berikutnya.

Sebarang masalah atau kecemasan, sila hubungi kami dari pihak PERMAYA atau berhubung terus dengan pihak Kedutaan.

Presiden PERMAYA:
+967 713 538208 
+967 714246438
(Mohammad Iqbal Abu Yaziz)


Bilik Operasi Keselamatan (Embassy):
+967 01429781
(En. Hamdan)


0 comments:

Catat Ulasan

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger