27 Februari 2011

Kebangkitan rakyat di bumi Iman dan Hikmah Yaman

"Sesungguhnya jihad yang paling baik ialah memperkatakan suatu kalimah yang adil di hadapan seorang sultan (penguasa) yang zalim."
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Sa'id al-Khudri secara marfu')


Ibn Qayyim r.h berkata:
"Jihad yang paling utama adalah menyatakan dan memperjuangkan kebenaran di hadapan penguasa-penguasa yang zalim, maka para Rasul-rasul Allah Ta'ala telah banyak melakukannya dan Nabi kita Muhammad s.a.w. adalah satu di antara para rasul yang paling sempurna jihadnya dalam bidang ini."


            Akhir-akhir ini kita menyaksikan kebangkitan rakyat dibeberapa buah negara menentang kepimpinan thogut. Antaranya adalah Tunisia, Mesir, Libya, Yaman dan beberapa buah negara lagi. Ini tidak lain dan tidak bukan berpunca daripada kezaliman si pemerintah yang mengabaikan hak-hak rakyat dan bermacam-macam lagi.

            Apa yang boleh dikatakan adalah para pimpinan bersenang-lenang di ‘ISTANA-ISTANA’ mereka manakala rakyat jelata merempat di jalanan. Jika dibuat kajian, kebanyakan negara umat Islam adalah negara yang majoritinya terdiri daripada fuqara’ (fakir miskin). Dalam masa yang sama, para pimpinan negara umat Islam sibuk dengan pengumpulan harta dan kemewahan peribadi. Kenapa hal ini terjadi sedangkan hasil bumi negara umat Islam adalah antara yang paling banyak.

Bumi Hikmah dan Iman (YAMAN)

            Yaman juga diresapi oleh angin kebangkitan rakyat sebagimana yg berlaku di negara-negara lain. Apa yang berlaku di Yaman adalah rakyat bertindak dengan mendesakkan Presiden mereka (Ali Abdullah Soleh) meletakkan jawatan dan digantikan dengan orang yang lebih layak. Ini kerana selama kepimpinannya, rakyat kian hari makin ramai yang menjadi penganggur dan fakir miskin. Apa yang menyedihkan hati saya sepanjang kehadiran saya di bumi Yaman, sepastinya akan ada setiap kali lepas solat fardhu di mana-mana masjid sekitar Sana’a (Ibu negara Yaman) rakyat yang mengadu akan kekangan hidup yang dihadapi dan mengharapkan belas kasihan daripada sidang jemaah.

            Tidak cukup di masjid, ditambah lagi di tepi-tepi jalan, dalam terowong dan sebagainya. Keadaan ini cukup memilukan hati. Jika nak dibandingkan dengan Malaysia bagaikan langit dengan bumi walaupun ada dikalangan masyarakat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan dan bebanan yang berat. Berlaku terlalu banyak penyelewengan dalam kepimpinan yang diketuai oleh Ali Abdullah Soleh.

            Yaman juga tidak ketinggalan dalam amalan rasuah. Keadaan in pernah berlaku dihadapan saya sendiri. Mereka tanpa ada rasa takut dan bersalah memberi dan menerima rasuah sedangkan amaran yang telah diberikan oleh Rasulullah akan orang yang memberi dan menerima rasuah adalah tempatnya di neraka.

            Sepanjang penelitian saya di Yaman, punca kebangkitan rakyat di Yaman adalah disebabkan tekanan dan bebanan hidup yang ditanggung oleh rakyat. Inilah punca utama berlaku tunjuk perasaan untuk menjatuhkan kepimpinan Ali Abdullah Soleh (Presiden Yaman).

            Tunjuk perasaan ini bukan sahaja berlaku disekitar Sana’a bahkan berlaku juga di bandar-bandar lain seperti Aden (selatan Yaman), Hadhralmaut, Ta’iz, Hudaidah, dan kebanyakan tempat. Ramai juga dikalangan penunjuk perasaan terbunuh dan cedera dalam pertempuran di antara Pro-Kerajaan dan Anti-Kerajaan. Pernah diungkapkan oleh salah seorang bapa kepada as-syahid di Aden (selatan Yaman):

"Aku tidak akan mengebumikan jenazah anakku ini selagi mana pembunuhnya tidak dikebumikan..."

Antara gambar sepanjang muzhoharah (demonstrasi) yang diadakan oleh pihak pembangkang (Anti-Kerajaan).
Bersemangat dengan laungan "BERAMBUS'" yang ditujukan kepada Presiden 


Mendengar pidato daripada wakil rakyat 


Mendirikan khemah dan bermalam di sini (tempat demonstrasi) 


FRU Yaman 


Puak pembangkang solat di dataran demonstrasi dan membaca doa gunut nazilah 


Sedang solat 


Inilah slogan yang dilaungkan oleh pendemonstrasi 


Gambar yang telah syahid sepanjang demonstrasi berlangsung 


 Rakyat sedang mendengar pidato yang disampaikan


 Wakil rakyat sedang menyampaikan pidato

Ramai golongan yang terlibat dalam demonstrasi ini seperti para mahasiswa/i, orang kerajaan, buruh, penganggur, dll. Antara kelebihan Yaman adalah rakyat masih lagi mendengar kata-kata ulama' dan sekarang ini rakyat sedang menunggu keputusan daripada majlis ulama' Yaman untuk melakukan secara besar-bearan untuk menjatuhkan kepimpinan thogut yang ada sekarang.

Hari ini bermulanya cuti bagi kesemua mahasiswa Jamiah Iman (Universiti yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Majid Az-zindani) sehinggalah jatuhnya kepimpinan Ali Abdullah Soleh.

Alhamdulillah, rakyat Malaysia di Yaman sehingga kini masih lagi dalam keadaan selamat dan baik. Perjumpaan bersama Duta Malaysia ke Yaman telah diadakan untuk taklimat keselamatan.

Allahummansur ikhwanana fi kulli makan..

Sekian..

0 comments:

Catat Ulasan

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger