27 Februari 2011

Benarkah Dr. Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi & Ikhwanul Muslimin Pengganas?

Assalamu’alaikum wbt..
Salam sejahtera bagi mereka yang mengikuti petunjuk..




Najib oh Najib..!

Saya selaku rakyat Malaysia merasakan satu perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dan ianya sungguh memalukan selaku seorang pemimpin di sebuah negara umat Islam (Malaysia). Tidak cukupkah dengan perbuatan kamu sebelum daripada ini yang banyak mencalarkan kredibiliti negara? Hasil tindakan kamu ini membuatkan rakyat makin mengenali siapakah ‘kamu sebenarnya’. Sungguh menyedihkan bilamana boleh dikatakan Dr. Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas. Siapakah kamu untuk menyatakan sedemikian rupa kepada Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas tanpa melihat akan sumbangan yang cukup banyak yang disumbangkan oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi mahupun Ikhwanul Muslimin di Mesir demi kebangkitan Islam setelah kejatuhan Khilafah Islamiyyah di tangan musuh-musuh Islam. Namun apakah pula sumbangan kamu untuk agama (Islam)?

            Cukup memalukan tindakan kamu ini, setelah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan menyampaikan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam seluruhnya sempena majlis sambutan Maal Hijrah 1431/2009, kamu pula menggelarkan beliau sebagai pengganas.

Sila rujuk artikel penuh DS Najib Razak di:


Siapakah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Dr. Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi adalah Presiden Persatuan Ulama Dunia dan merupakan salah seorang daripada sarjana Islam yang banyak menyumbangkan tenaganya untuk kebangkitan Islam.

Keluarga

Al-Qaradawi telah berkahwin pada tahun 1958 dan dikurniakan 7 orang anak 4 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Anak-anaknya ialah Ilham, Siham, Ala Asma’, Muhammad, Abdul Rahman dan Usamah. Ilham dan Siham merupakan pensyarah di fakulti Sains, Universiti Qatar, manakala Abdul Rahman merupakan graduan masters bidang Usul fiqh, Universiti Kaherah pada tahun 2000. Muhammad adalah graduan Ph.d dalam bidang kejuteraan dari Universiti Florida, Amerika Syarikat.

Pekerjan rasmi dan anugerah

Al-Qaradhawi pernah menjawat beberapa jawatan. Antara jabatan-jawatan tersebut ialah :

i. Penyelia Hal Ehwal di Kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan Islam al-Azhar.

ii. Pengarah Kolej Agama, Qatar selama 12 tahun sejak tahun 1961

iii. Pengarah bahagian bahagian Pengajian Islam di Fakulti Pendidikan pada tahun 1973

iv. Pengasas dan Dekan Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Qatar.pada tahun 1977 sehingga tahun 1989/90

v. Pada tahun 1991, menjadi Pengarah Pusat Pengkajian Sunnah dan Sirah, Universiti Qatar. Beliau menjawat jawatan tersebut sehingga sekarang.

vi. Pada tahun 1990/91 menjadi pensyarah pelawat di Algeria.

Al-Qaradhawi juga menjadi ahli beberapa majlis dan yayasan tempatan dan antrabangsa yang memberi tumpuan kepada pemikiran, pengetahuan, hal ehwal Islam dan dakwah. Antaranya ialah :

1. Majlis Rabitah al-Alam al-Islami, di Mekkah,
2. Majlis Diraja Untuk Pengajian Tamadun Islam di Jordan,
3. Pusat Pengajian Islam di Oxford,
4. Majlis Universiti Islam Antarabangsa Islamabad,
5. Organisasi dakwah Islam di Khortum, Sudan
6. Mjlis Tinggi Pendidikn di Qatar
7. Majlis Pusat Penyelidikn Tamadun di Qatar
8. Ahli Lembaga fikih Islam di Mekah
9. Ahli Liga Kesusasteraan Islam
10. Ahli Gabungan ekonomi Islam di kaherah
11. Ahli Majlis dana Islam di Qatar
12. Ahli Majlis Pengajian Islam Eropah di Perancis
13. Ahli Yayasan Media Islam Antarabangsa di Islambad, Pakistan.
14. Menjawat jawatan Pengarah Lembaga Pengawasan Syariah di beberapa bank Islam. Antaranya ialah Bank al-Taqwa yang berpusat di Swizterland dan Bank Islam Qatar
15. Penasihat dalam majalah muslim Mua’asir, Islamiyyat al-Ma’rifat dan Jurnal Syariah dn Pengajian Islam, Universiti Qatar.

Beliau telah mendapat anugerah antaranya ialah :

1. Anugerah Ekonomi Islam daripada Islamic Development Bank pada tahun 1411H
2. Anugerh Antarbangsa Raja Faisal dalm bidang pengkajian Islam pada tahun 1413H bersama dengan Sayyid Sabiq.
3. Anugerah Kecermerlangan Sarjana Universiti Islam Antarbangsa Malaysia pada tahun 1996
4. Anugerah Sultan Hasan al-Bulkiah Sultan Brunei dalam bidang Fiqh pada tahun 1997.
5. Anugerah Sultan al-Uwais, Emeriat Arab Bersatu pada thun 1999.
6. Anugerah Antarabangsa Dubai pada tahun 2000

Al-Qaradhawi menceritakan bahawa beliau lebih bergembira menerima hadiah wang semasa kecil yang bernilai satu setengah junaih Mesir (RM 1000) apabila memenangi tilawah menghafal al-Quran.Hadiah tersebut lebih memberi kesan kepada jiwanya daripada menerima wang 50 ribu dollar dari Anugerah Sultan Brunei dan satu perempat juta Dirham dari Anugerah Emiriat kerana wang yang diterima semasa kecil itu telah merubah keperibadian menjadi seorang ulamak pada saat ini. Wang yang diterima dari anugerah-anugerah tersebut disumbangkan untuk dakwah dan peryebaran Islam.

Pujian-pujian Ulama terhadap al-Qaradhawi

Al-Qaradawi telah menerima kepercayaan dari golongan ulamak dan sarjana Islam atas sumbangan beliau dalam bidang dakwah dan ilmu. Antaranya ialah :

Muhammad al-Ghazali menyifatkan al-Qaradhawi dengan menyebutkan bahawa al-Qaradhawi merupakan seorang yang mengabungkan antara fiqh teori dengan realiti. Dahulu beliau merupakan murid dan saya merupakan gurunya tetapi sekarang beliau merupakan guru dan saya menjadi muridnya pula. Abu Hassan al-Nadwi menyifatkan al-Qaradhawi seorang yang benar-benar sebagai alim, ulamak serta pendidik yang terkemuka. Menurut al-nadwi, Al-Qaradhawi merupakan ulamak lulusan al-azhar yang bergiat dalam bidang dakwah dengan menggabungkan aspek kefahaman Islam yang benar dengan reality dunia sekarang. Beliau mengabungkan cirri-ciri dakwah dan manhaj hassan al-banna dengan akademik yang diperolehi di al-azhar. Beliau mengabungkan cirri-ciri tradisi dan modern yang merupakan sebaik-baik manhaj.

Mustafa al-Zarqa’ menyebutkan al-Qaradhawi sebagai seorang tokoh semasa yang merupakan anugerah ilahi kepada umat Islam sekarang. Tariq Basri menyebutkan bahawa kita sekarang berada dalam zaman al-Ghazali dan al-Qaradhawi. Taha Jabir al-Alwani, Pengerusi Institut Pemikiran Islam Antarbangsa menyatakan al-Qaradhawi seorang ahli feqah yang bercirikan pendakwah dan pendakwah yang bercirikan ahli feqah. Muhammad Fathi Uthman seorang pemikir Islam menyebutkan al-Qaradhawi seorang fuqaha dan pendakwah yang terkemuka yang berinteraksi dengan realiti kehidupan. Ahmad al-Risuni, Ketua Pertubuhan Tauhid dan Tajdid di Maghribi mengatakan al-Qaradhawi seorang ahli feqah yang yang memahami tujuan-tujuan syariat. Adil Husain, seorang penulis Islam Mesir mengatakan al-Qaradhawi sebagai seorang ahli feqah yang beraliran sederhana dalam zaman kini.

Mustafa al-Zarqa' menyebutkan bahawa ada empat orang ulamak yang merupakan anugerah Allah kepada umat Islam pada zaman kini iaitu syeikh ali Tantawi, Abu Hassan Ali al-Nadwi, Muhammad al-Ghazali dan Yusuf al-qaradhawi. Menurutnya lagi buku fiqh al-awwalawiyyat al-Qaradhawi adalah buku yang terbaik dan bernilai dalam menjelaskan kleutamaan dalam Islam yang sangat diperlukan oleh umat Islam sekarang. Sementara Husain Ahmad Kadi, Ketua Jamiah Islamiah, Pakistan menyebutkan bahawa apabila al-Maududi meninggal dunia, ribuan orang telah solat jenazah ke atasnya. Kami bermesyuarat untuk memilih sipakah yang layak untuk menjadi imam solat jenazah tersebut. Lalu kami memilih Yusuf al-Qaradhawi.


Ikhwanul Muslimin

SEJARAH & PENGASASNYA

Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam   yang mengajak dan menuntut agar tertegaknya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW , dan diserukan oleh para salafus-soleh, bekerja denganNYA dan untukNYA, keyakinan yang bersih yang berakar teguh dalam hati, pemahaman yang benar yang akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. Kini, gerakan IM  tersebar ke seluruh dunia.
Pengasas IM adalah Imam Hassan Al-Banna (HAB) yang dibunuh kerana membawa Islam. Meskipun beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan seorang mujahid. HAB dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah, Mesir. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik kepada pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna, seorang tukang jam dan Puan Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir dalam pengurusan rumah tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang diwarisi HAB.
Bapa HAB merupakan ulama sunni berguru dengan Muhammad Abduh juga penyusun hadis imam 4 serta penulis buku hadis. Beliau mempunyai benyak koleksi kitab-kitab dan buku-buku dan sering bermusyawarah dengan ulama’ dan cendekiawan.
Adik-beradik HAB adalah:

1. Abd Rahman – pengasas Persatuan Tamadun Islam dan kemudiannya bergabung dengan IM
2. Fatimah
3. Muhammad
4. Abdul Basit – merupakan polis di Kaherah tetapi kemudian berhenti berpindah ke Saudi (ana tak ingat pulak bila dan mengapa beliau berhenti)
5. Zainab – meniggal dunia ketika kecil
6. A. Jamaluddin – dikenali sebagai Jamal Banna dan merupakan seorang penulis dan pengarang
7. Fauziah – isteri kepada Abd Karim Mansur, seorg peguam yang menemani HAB dan ditembak di hadapan Pejabat Syabab Al-Muslimun bersama Imam HAB.

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)

Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al ‘Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)
Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama’atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.
Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-’Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi “penasihat dan guru” bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka “matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan”. Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bhs Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma’iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969, 6)

Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.
Sebagai anak sulung dalam keluarganya, HAB sangat ambil berat pendidikan adik-beradiknya. Beliau merupakan penasihat peribadi ayah dan adik-beradiknya. Beliau juga berperanan dalam perkembangan pendidikan abang-abangnya. Kerana peribadinya, beliau menekan disiplin dalam keluarganya serta beliau juga mengatur perbelanjaan dalam keluarganya. Ketika bekerja sebagai guru, beliau sanggup memotong sebahagian gajinya dan peruntukkan untuk keluarganya. Hal ini menjadikan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.

Kepintaran HAB dan pendidikannya tidak dibatasi masa, sebaliknya beliau mengurus masa beliau dengan sistematik. Ketika siangnya, beliau akan belajar di sekolah, setelah tamat sesi pembelajran, beliau akan belajar membaiki jam dengan ayahnya sehingga isya’. selepas Isya’ adalah waktunya untuk mengulangkaji pelajaran dan waktu Subuh adalah waktunya menghafal Quran.

Jamaah Ikhwanul Muslimin berdiri di kota Ismailiyyah, Mesir pada tahun 1928 iaitu 4 tahun selepas kejatuhan sistem khalifah Islam terakhir iaitu Khalifah Turki Uthmaniyyah oleh HAB, bersama keenam tokoh lainnya, yaitu Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz dan Zaki al-Maghribi. Ikhwanul Muslimin pada saat itu dipimpin oleh Hassan al-Banna. Pada tahun 1930, Anggaran Dasar Ikhwanul Muslimin dibuat dan disahkan pada Rapat Umum Ikhwanul Muslimin pada 24 Sep 1930. Pada tahun 1932, struktur administrasi Ikhwanul Muslimin disusun dan pada tahun itu pula, Ikhwanul Muslimin membuka cabang di Suez, Abu Soweir dan al-Mahmoudiya. Pada tahun 1933, Ikhwanul Muslimin menerbitkan majalah mingguan yang dipimpin oleh Muhibuddin Khatib.

Fikir-fikirkanlah, siapakah sebenarnya pengganas?

Semoga ada manfaatnya..
Sekian..

Sumber rujukan:

0 comments:

Catat Ulasan

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger