21 Ogos 2010

Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen...

Tazkirah ringkas di Pejabat MB pada 25 Mei 2010


Jika kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah, doktor yang akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah swt sebagai Tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dengan masalah...

Tazkirah rimgkas di Pejabat MB pada 24 Mei 2010


Bila kita membeli belah di kedai, kita tukarkan duit dengan barang. Oleh yang demikian, kita tidak saying belanjakan duit kerana nampak barang di depan mata. Namun, sedarkah kita bila kita laburkan duit untuk kebaikan, seperti kita membeli pahala dengan duit kita. Walaupun pahala ini benda yang tidak nampak, tetapi itulah duit kita di akhirat...

Lawatan ke Yayasan Kurang Upaya (YOKUK), Pengkalan Chepa pada 9 Mei 2010


Islam ini tak boleh lari dari ceramah dan menerang. Bahkan wajib bagi orang lelaki mendengar dua kali ceramah dalam masa satu minggu iaitu dua khutbah jumaat. Bahkan betapa seriusnya kewajipan itu ditukar dengan dua rakaat solat zohor yang lazimnya pada hari-hari biasa. Ertinya ceramah ini benda wajib, tinggal lagi gelarannya yang berbeza. Di masjid, namanya khutbah. Di pentas, namanya ceramah. Semuanya bertujuan menerang tentang Islam...

Ceramah umum Majlis Sepadu Bersama Rakyat di Pengkalan Chepa pada 20 Mei 2010


Saintis Barat hari ini berlumba-lumba untuk menjalankan kajian benih tumbuh-tumbuhan. Benih-benih dijaga begitu elok untuk menghasilkan tanaman yang bermutu. Jika benih tumbuh-tumbuhan pun dijaga demikian rupa, kenapa tidak ‘benih tamadun’ iaitu manusia? Lantaran itu, didiklah anak-anak dengan jagaan iman dan taqwa kerana dari ‘benih’ inilah akan lahirnya tamadun ummah insyaAllah...

Perasmian Hari Guru PASTI peringkat Negeri Kelantan pada 22 Mei 2010 bertempat di Balai Islam, Lundang.

Dipetik dari: 110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepanjang 2010

Sedikit Perkongsian...

Assalamu’alaikum w.b.t.

Selamat bagi mereka yang mengikuti petunjuk..

Alhamdulillah, semalam ana sempat bersama dengan masyarakat di Madrasah Hj. Wan Ahmad untuk berkongsi sedikit sebanyak akan ilmu Allah swt dan iftor (berbuka puasa).

            Justeru itu, kehadiran ana di sana bukanlah untuk mengajar selaku seorang ustaz tetapi selaku seorang pelajar agama berkongsi akan pelajaran yang dipelajari. Ini kerana, jika nak dihitung siapalah ana dengan ilmu yang amat sedikit. Saranan daripada seorang ustaz masih lagi terngiang-ngiang di telinga. Antara saranan tersebut ialah: “Syed, jika ada orang menjemput anta untuk berkongsi ilmu dan pengisian bagi sesuatu program, pergilah. Jangan malu mahupun takut kerana ianya akan melatih anta untuk menjadi seorang penyampai yang baik. Jadikan ia sebagai medan untuk anta melatih dan mencungkil potensi diri tetapi anta mesti banyak membaca.”

            Teringat juga ketika bersembang-sembang dengan ukhti yang sekarang ni sedang berjuang untuk mendapat ilmu Allah di bumi UIAM Kuantan, Pahang. Dia menceritakan tokoh sasterawan Negara iaitu A Samad Said yang pernah berkongsi bagaimana untuk membolehkan beliau mengeluarkan sesebuah karya yang hebat dengan melalui kaedah:

1) Membaca
2) Membaca
3) Membaca
4) Menulis

Apa yang beliau lakukan adalah melalui pembacaan demi pembacaan dan seterusnya barulah diteruskan dengan penulisan.

            Ya, sahabat-sahabat. Ana memerhatikan terhadap diri ana sendiri, bila tidak mempunyai apa-apa, ana takkan dapat kongsi apa-apa. Pembacaan mesti ditingkatkan. Tetapi diri ini sentiasa mengantuk bila buku tiletakkan dihadapan untuk dibaca. Kata ustaz Akil Hayy, “Sekali bilik kitab, sehelai bulu mata jatuh”. Mudah mudahan kita menjadi golongan yang sentiasa menambahkan ilmu dengan pembacaan.

Ana juga ingin menyeru kepada sahabat sekalian untuk kita sama-sama mengasah potensi diri dari sudut public speaking. Pantas, ana bukanlah seorang yang hebat dari sudut public speaking dan masih lemah.

Semoga bermanfaat buat sahabat sekalian

Wallahua’lam..

13 Ogos 2010

Buatmu Ustazah Nur Hidayah Ibrahim...


Lama sungguh khabar ustazah tidak kedengaran,
Bermula turunnya dari bahtera kepimpinan,
Hinggalah datangnya 6 sms.

Ana bagaikan tidak percaya,
Seorang insan yang banyak berjasa,
Bersama memandu bahtera perjuangan,
Merempuh badai yang tak berkesudahan,
Suka dan duka diharungi bersama,
Baru sahaja menjadi tetamu Allah petang tadi.

Dulu,
Ana masih ingat,
Dia (ustazah hidayah),
Wajah yang sentiasa tersenyum,
Suara yang lunak memberikan nasihat,
Jiwa yang sangat sensitif akan perihal sahabatnya.

Pernah suatu ketika,
Bila panggilan amal islami menjengah tiba,
Dikala sahabat lain bersama keluarga,
Bersantai mahupun berseronok,
Kamu sahut ia dengan hati yang tenang,
Tiada langsung air muka keberatan,
Walaupun kamu tahu,
Kerja yang bakal dilakukan tiada upah mahupun ganjaran,
Yang diharapkan adalah keredhaan sang pencipta.

Kini,
Ianya hanyalah tinggal sebuah kenangan,
Yang akan menjadi bonus buatmu,
Dikala perhitungan kelak,
Untuk meraih firdausi..

Ana doakan semoga ustazah menjadi tetamu istimewaNya.


Beliau merupakan mantan Timbalan Exco Lajnah Kebajikan PMKIAS


Saat beliau dijemput:
Diceritakan oleh beberapa orang sahabat seperjuangan bahawa beliau terlibat dalam sebuah kemalangan di daerah Pasir Mas pada jam 4 ptg tadi. Menurut abangnya (diberitahu oleh sahabat ana), dia terlelap semasa memandu akibat terlalu penat.

Solat Jenazah:
Kepada sesiapa yang mengenalinya, solat jenazah akan dilakukan pada pukul 11 pg esok (Jumaat – 13 Ogos 2010 bersamaan 3 Ramadhan 1431 H) di rumahnya Kg. Cetok, Pasir Mas, Kelantan.


.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger