25 April 2010

Padang futsal menjadi saksi...

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, petang semalam ana sempat bermain futsal bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Keletihan usahlah diceritakan lagi kerana hampir 2 tahun ana tidak bergiat aktif dalam bidang sukan. Mungkin itulah faktor kekalahan petang semalam. Tahniah kepada sahabat-sahabat yang menang dan kalah.

Namun, permainan semalam bukanlah permainan yang hanya untuk bersuka ria semata-mata tanpa mengahayati apakah pengajaran yang diperolehi secara tidak sengaja. Ini kerana Rasulullah s.a.w. mengingatkan kepada kita dalam sebuah hadis yang bertaraf hasan:

Mafhumnya:
"Orang yang berakal adalah orang yang sentiasa bermuhasabah diri dan beramal untuk sesudah mati manakala orang yang tidak berakal adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya dan berangan-angan agar Allah mengampuninya"
riwayat tirmizi

Pelbagai pengajaran yang akan ana nyatakan sekadar termampu hasil resolusi futsal semalam yang berkait dengan perjuangan menegakkan ISLAM di mana sahaja kita berada.

1) Sasaran/Gol :
Setiap gerak-kerja dakwah mestilah mempunyai sasaran dan matlamat yang ingin dicapai. Begitu juga selaku manusia, seharusnya kita juga mempunyai matlamat yang ingin dicapai. Suatu ketika ana pernah berpesan kepada ahli usrah ana, alhamdulillah kita disibukkan dengan kerja-kerja bepersatuan dan kita dilibatkan berbincang untuk menetapkan matlamat organisasi dan strategi-strategi untuk mencapai matlamat tersebut. Mungkin pada waktu itu kitalah orang yang palin aktif dan lantang menyuarakan pendapat. Hanya satu soalan yang ana ingin tanya: Pernah tak anta tetapkan matlamat hidup anta dan menyusun strategi-strategi untuk mencapainya seperti MBO yang selalu kita buat untuk organisasi?

2) Semangat disertakan dengan kebijaksaan:
Ana terfikir, alangkah indahnya jikalau kita melaksanakan tugasan dakwah sebagaimana kita bersemangat untuk menewaskan pihak lawan. Namun, harus diingat bahawa dengan semangat semata-mata tidak mencukupi untuk memenangi pihak menewaskan pihak lawan kerana ianya hendaklah diselitkan dengan kebijaksanaan.

3) Kerjasama:
Seseorang tidak mampu untuk menjalani hidupnya seorang diri kerana fitrah manusia memerlukan bantuan daripada pihak lain. Apatah lagi kita dalam nak mencapai matlamat yang besar ini.

4) Uslub (cara):
Uslub memainkan peranan yang besar dalam pengembaraan memburu matlamat yang disepakati kerana jika tersilap uslub pendekatan maka kerugian yang besar buat Organisasi tersebut. Contohnya apabila proses pengajakan mad'u untuk bersama di saff perjuangan dilakukan secara tidak menetapi keadaan mad'u akan menyababkan ramai mad'u yang berpotensi untuk membangunkan Islam mengelakkan diri bilamana diajak bersama dalam saff perjuangan. Inilah realitinya yang perlu kita sedari.

5) Kekuatan diri:
Maksud kekuatan diri adalah kekauatan stamina (kalau dalam permainan futsal) supaya tidak kecundang ditengah-tenagh permainan akibat kepenatan yang amat. Manakala kekuatan IMAN diperlukan dalam gerakkerja dakwah supaya dapat menangkis segala mehnah dan tribulasi dalam perjalanan mencapai matlamat dakwah.


Sekian sahaja entri untuk kali ini,yang baik daripada Allah dan yang tidak baik itu kelemahan ana sendiri...Semoga bermanfaat buat pembaca yang budiman...

0 comments:

Catat Ulasan

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger