07 April 2010

Kewajipan Utama Selaku Seorang Mahasiswa....?

Jom sama-sama kita jawab dengan berpandukan pandangan ulama’ agar kita tidak mengikut hawa nafsu ataupun emosi akibat daripada kecenderungan dan kemahuan kita.

Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi:
“Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang belia dan pemuda yang dahulunya pernah mengambil kursus di bidang perbuatan, kejuruteraan, pertanian, sastera ataupun bidang-bidangfalsafah dan sains di beberapa universiti, dan mereka – selama mengikuti pelajaran – tergolong di dalam kelompok mahasiswa yang baik dan bagus nilai pelajarannya. Namun, tiba-tiba sahaja mereka semuanya meninggalkan bangku kuliyyah dan pelajaran tersebut – tanpa rasa penyesalan – dengan alasan bahawa mereka ingin terjun dan bergiat cergas di bidang dakwah dan tabligh. Walhal, bidang-bidang yang sedang mereka terokai dan pelajari adalah merupakan bidang-bidang yang sangat penting dan termasuk ke dalam kategori fardhu kifayah yang sekaligus bermakna bahawa seluruh umat Islam akan menanggung dosa apabila tidak ada seorangpun yang menguasai bidang tersebut. Lagipun, melalui bidang pengkhususan yang mereka ceburi itu, mereka akan dapat melakukan ibadah dan jihad apabila bidang tersebut dipelajarinya bersungguh-sungguh dan tekun serta diiringi dengan niat yang ikhlas dan sentiasa mengharapkan ganjaran daripada Allah S.W.T.”

Pandangan penulis:

Sememangnya mahasiswa kini perlu berkecimpung dalam gerakan dakwah @ islam kerana ilmu yang dipelajarinya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Apatah lagi dunia hari ini menyaksikan umat Islam dahagakan pengisian yang dapat dijadikan bekalan untuk menyelamatkan mereka di dunia mahupun akhirat. Namun ini bukanlah alasan untuk seseorang mahasiswa terjun ke medan masyarakat dengan mengabaikan perjuangan mereka menuntut ilmu di kampus. Bagaimana nak melakukan proses pembinaan masyarakat sedangkan pembinaan diri sendiri diabaikan? Wujudnya masyarakat hasil daripada wujudnya individu. Alhamdulillah, ana diberi kesempatan oleh Allah untuk memimpin ahli usrah walaupun terasa diri ini cukuk dhoif, dan selalu ana mengingatkan ahli usrah bahawa tidak cukup kalau sekadar kita melaungkan bahawa kita akan tegakkan ajaran Islam di atas muka bumi ini tapi dalam masa yang sama al-Quran dan al-Sunnah kita abaikan. Mana mungkin boleh tegakkan ajaran Islam tanpa ada pembelajaran dan penghayatan terhadap al-Quran dan al-Sunnah diabaikan kerana kesmua ajaran Islam terkandung dalam kedua-dua sumber tadi.

Jika kita meneliti bagaimana saat permulaan Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi seorang pesuruh Allah, dengan turunnya wahyu daripada Allah Azza wa Jalla; perkara pertama yang diperintahkan oleh Allah kepada RasulNya adalah membaca bukannya terus berjihad dan menyebarkan dakwah. Hal ini jelas bahawa penguasaan ilmu mesti menjadi kewajipan utama kepada seorang mahasiswa sebelum terjun bersama bersama masyarakat. Dengan kata lain jihad ilmu adalah jihad yang paling afdhal bagi seorang mahasiswa.

Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi di dalam bukunya “Fiqh Keutamaan” menerangkan bahawa penting ilmu buat seorang pendakwah.

Khalifah Umar Ibn Abdul aziz r.a. mengungkapkan:

“Sesiapa yang berbuat sesuatu tanpa memiliki persiapan ilmu, maka ia akan lebih banyak menyebabkan kerosakan daripada menimbulkan kebaikan.”

0 comments:

Catat Ulasan

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger