30 November 2009

SEMAIKAN MENTALITI “TELAHPUN JUARA SEBELUM BERTANDING….”

“Akal yang sihat berada pada badan yang sihat”_kata-kata hukama’

Agak pelik jika melihat pada tajuk yang terpapar di atas tetapi itulah hakikatnya. Mungkin itu satu idealisme ana yang sarankan kepada siswa/i KIAS yang akan membertarung dengan memakai ‘jersi KIAS’ di kejohanan Sukan IPTIM yang akan berlangsung di Kolej Universiti Islam Melaka pada awal Disember ini. Tahniah buat siswa/i KIAS yang menyahut cabaran untuk bertanding di kejohanan tersebut.

Apa yang ana ingin sarankan kepada siswa/i KIAS adalah supaya menyemai mentaliti “TELAHPUN JUARA SEBELUM BERTANDING”. Ini bermaksud kita menyertai kejohanan tersebut dengan personaliti islamik dan membawa biah solehah. Kejohanan ini bukan hanya medan untuk kita merangkul sebanyak mungkin pingat emas, perak mahupun gangsa tetapi ia juga adalah medan untuk kita menyebarkan dakwah kepada mahasiswa/i kampus lain.

Firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata."
Surah Yusuf : 108


Ayuh Sahabat-sahabat seperjuangan buktikan yang kita bukannya mahasiswa lemah yang terubah dek suasana tetapi kita adalah mahasiswa pengubah suasana, kita bukannya mahasiswa yang tidak mempunyai pendirian tetapi kita adalah mahasiswa yang teguh pendirian.

Jangan kita jadi mahasiswa yang bersifat jahiliyyah sebagaimana kaum ‘Arab terdahulu sebelum kedatangan Islam. Jahiliyyah disandarkan kepada mereka bukan kerana kebodohan mereka kerana pada ketika itu mereka sudah mampu membina bangunan, bercucuk tanam, jual-beli dan sebagainya. Sepastinya perkataan jahiliyyah itu disandarkan kepada mereka lebih dari itu kerana mereka hidup tanpa naungan petunjuk. Yang dimaksudkan denganpetunjuk adalah Islam. Ya, Islamlah yang menyebabkan seseorang tersebut dipandang mulia. Hidup mestilah berlandaskan sistem kehidupan Islam.

Sehubungan itu, ana cabar mahasiswa/i KIAS yang menyertai kejohanan tersebut supaya menjadi role model kepada mahasiswa/i kampus lain ketika di kejohanan tersebut dan selama-lamanya. Ini adalah bermatlamatkan satu supaya suatu hari nanti, kita dapat melihat di semua wilayah kampus yang ada di Malaysia ini terbentuk sebagai mana konsep “Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghafur”.

0 comments:

Catat Ulasan

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger