04 November 2009

Sedikit perkongsian daripadaku..

Lama sungguh ana tidak berkongsi penulisan dengan pembaca yang budiman akibat kekangan waktu disamping virus "malas" yang bersarang dalam diri. Bila menyebut kekangan waktu, teringat kembali bagaimana Al-Imam Hasan Al-Banna menyebut dengan pepatah arab yang bermaksud : "Kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang ada". Perkataan ini benar-benar terjadi pada ana kerana dalam satu masa memegang 5 jawatan yang sepastinya belum termasuk akan tugasku sebagai student.
Bila mengenangkan tugas-tugas yang banyak, teringat ana tentang mafhum hadis yang mengatakan kebanyakan yang berada dalam nerak dikalangan para pemimpin. Semoga ana tidak tergolong dalam golongan tersebut. Teringat bila mana suatu ketika dahulu, pernah ana mengadu tentang masalah 'orang bawahan' ataupun rakyatku kepada seorang 'murabbiku' lalu ia menceritakan kepadaku suatu cerita yang amat menarik.
Suatu ketika dahulu ada seorang pemimpin yang hebat (ana lupa beliau hidup zaman tabi'en @ tabi' tabi'en) yang mana setiap siang hari ada sahaja dikalangan rakyatnya mengadu tentang masalah yang dihadapi mereka. Namun semua masalah yang diadukan kepada beliau dapat diselesaikan dengan mudah. Bila memerhatikan tentang setiap masalah yang diadukan oleh rakyat beliau dapat selesaikan dengan mudah, lalu bertanya salah seorang dikalangan sahabat beliau bertanya (dengan rasa takjub), bagaimanakah kamu menyelesaikan masalah-masalah tersebut dengan senang? Lalu beliau menjawab, memang benar jika kamu merhatikan pada sebelah siangnya aku sering dijadikan tempat mengadu masalah bagi rakyat-rakyatku, namun pada malam hari aku pula yang mengadu masalah-masalah tersebut kepada tuhanku. Sebenarnya, aku tidak mempunyai kuasa @ mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat-rakyatku, tetapi yang menyelesaikan masalah rakyatku adalah TUHANKU (ALLAH). Oleh sebab itu, masalah-masalah rakyatku, aku adukan kepada Tuhanku pada saat manusia asyik dibuai mimpi-mimpi indah.
Bila mengenangkan kisah pemimpin yang hebat ini, terasa diri betapa kerdilnya jika nak dibandingkan dengan beliau. Ana teringat suatu ketika bila mana Rasul SAW membonceng unta dengan Ibnu Abbas r.a. Ketika itu Rasul SAW berpesan kepada Ibnu Abbas r.a dengan mafhumnya yang bermaksud : "Jagalah ALLAH, nescaya Allah akan menjaga kamu..."
Benarlah sabda Rasul SAW jika kita meneliti kisah di atas, jika seseorang itu menjaga hubungannya dengan Allah maka Allah akan menjaga orang tersebut melalui apa saja pertolongan yang diperlukan.

0 comments:

Catat Ulasan

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger