13 Ogos 2010

Marhaban Ya Ramadhan..

08 Ogos 2010

Seputar Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-12

Assalamu’alaikum w.b.t.

            Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda serta para sahabat, tabi’ien dan seluruh umat Islam yang meneruskan perjuangan baginda hingga ke hari akhirat.

            Mungkin perkongsian yang akan ana kongsikan ini telah hampir dua minggu berlangsung tetapi kerana ianya terdapat beberapa perkara yang ana kira bermanfaat untuk dikongsikan bersama dengan sidang pembaca.


Sebelum Majlis Istiadat  Konvokesyen berlangsung...

            Pada mulanya, ana merasakan tidak mahu menyertai majlis konvokesyen yang akan berlangsung kerana pada pandangan ana ketika itu:


1) Majlis tersebut tidak ada apa-apa makna buat ana kerna yang lebih utama adalah ilmu yang kita miliki. Ana bimbing kalau-kalau kita bukan main lagi berbangga-bangga dengan penganugerahan segulung iploma mahupun ijazah tetapi hakikatnya sang penerima anugerah tersebut tidak mempunyai sebarang ilmu (kosong). Universiti Al-Azhar juga dimaklumkan tidak mengadakan majlis konvokesyen bagi mehasiswanya yang telah tamat belajar.


2) Dikhabarkan bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat tidak apat hadir dan diganti dengan Timbalan Menteri Besat iaitu YB Dato Ahmad bin Yaakob. Ini sedikit sebanyak mematahkan lagi semangat ana untuk menyertai majlis Istiadat Konvokesyen tersebut.


3) Rata-rata bila ditanya kepada sahabat-sahabat yang akan menyertai Majlis Istiadat Konvokesyen tersebut, “Kenapa anta mahu menyertai Majlis Istiadat Konvokesyen tersebuat? Apakah untuk bergambar dan bergembira?” Kebanyakan daripada mereka tak dapat untuk menjawab soalan ana sebaliknya menbalasnya dengan senyuman.

Inilah antara faktor yang menyebabkan ana tak mahu mengikuti Majlis Istiadat Konvokesyen yang akan dilangsungkan. Namun ketidakmahuan ana dapat dipalingkan oleh seorang sahabat ana dengan menjawab persoalan yang ana kemukakan tadi. Jawapannya tidaklah terlalu panjang dengan nada yang bersahaja mengetuk pintu hati ana untuk menyertai majlis tersebut. Jawapanya adalah:

Inilah masanya untuk anta membahagiakan kedua ibu bapa anta yang berpenat lelah memerah keringat demi pelajaran anta. Mungkin wang dapat dicari namun kebahagian kedua ibu bapa sukar untuk diperolehi.”

      Ana termenung seketika mendengar jawapannya. Jawapan daripadanya benar-benar mengetuk pintu kecil hati ana. Ya, ini jawapan yang ana tunggu-tunggukan. Alhamdulillah kerana Allah telah membuka pintu hati ana melaluinya. Kalau tidak, memang ana tak akan menyertai majlis tersebut.

            Hal ini ternyata benar, kebahagian terserlah bila mana ana memaklumkan akan majlis tersebut kepada keluarga ana. Sepastinya orang yang paling gembira saat itu adalah kedua ibu bapa dan begitu juga dengan nenda ana. Mereka bukan main lagi bersemangat untuk ke majis tersebut. Bukan sekadar itu, pada malam sebelum majlis bermula, ayah analah orang yang pertama menyiapkan bajunya untuk ke majlis tersebut. Malu ana dibuatnya, apa tidaknya, ana belum lagi menyiapkan baju untuk dipakaikan pada hari istiadat tersebut. Seolah-olah ayah ana pula yang akan konvo. Apapun, ucapan barakallahu fikum yang dapata ana ucapkan kepada ayah dan bonda serta ahli keluarga di atas sokongan dan keperihatian yang kamu semua tunjukkan. Bila mengenang kembali, rasanya nak menangis dibuatnya.

Ya Allah..
Ampunilah dosa kedua ibu bapaku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu kecilku dan masukkan mereka ke dalam golongan hamba yang diredhai olehMu..
Amin...

Majlis Istiadat Konvokesyen...

            Alhamdulillah, 3 Ogos 2010 berlangsungnya Majlis Istiadat Konvokesyen kali Ke-12 di Kompleks Balai Islam Lundang. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato Hj. Ahmad Bin Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelatan. Ana sempat mencatat beberapa pesanan dan amanat beliau kepada siswazah-siswazah KIAS. Antara amanat tersebut:

1)Beliau mengharapkan agar siswazah KIAS dapat menjadi pembimbing kepada ummah.
2)Mampu menyelesaikan konflik masyarakat dengan acuan Islam.
3)Menjadi ilmuan yang professional.
4)Menjadi produk yang mampu mengubati penyakit sosial yang kian membarah.

Ini sahaja yang sempat ana catatkan dan jika ada tambahan dan pembetulan ana mengalu-alukan.

Ketidakpuasan hati semasa majlis

            Ada beberapa perkara yang ana rasakan amat tidak puas hati dengan segelintir siswazah. Mungkin ana tidak akan menyebut perkara tersebut tetapi cukuplah dengan nasihat.

1) Hormatilah majlis yang melibatkan masyarakat dengan berakhlak dan berketerampilan yang baik.
2) Jagalah ikhtilat di antara muslimin dan muslimat.
3) Ayuh selarikan diri kita dengan ilmu yang ada.
4) Jagalah imej Islam, kolej dan sahabat seperjuangan. Jangan kerana nila setitik, rosak susu se’kolam.

Ana rasa, cukuplah sekadar itu dulu perkongsian kali ini. Ana akhiri dengan mohon maaf jika ada kesilapan dan kesalahan.

Wallahua’lam...

Lama menyepi...

Assalamu’alaikum w.b.t.
     
     Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda serta para sahabat, tabi’ien dan seluruh umat Islam yang meneruskan perjuangan baginda hingga ke hari akhirat.

Lamanya menyepi
     
     Alhamdulillah, panjatan tahmid buat rabbul ‘alamin, hampir dua minggu ana menyepi tanpa berita ataupun posting. Subhanallah, maha suci engkau ya Allah.. Ana bersyukur kerana disedarkan oleh Allah dengan suatu peristiwa yang menimpa diri ana. Hampir seminggu diri ini tak mampu untuk bergerak aktif, berceloteh dengan sanak saudara, dan berbagai lagi. Apa yang mampu dibuat adalah merebahkan diri di atas tilam yang empuk dan berkurung di dalam rumah. Bila direnungkan sudah lama rupanya Allah tidak menguji hambanya ini dengan ujian kesihatan. Namun apa yang boleh dikatakan, betapa kerdil dan lemahnya manusia. Inilah hakikat yang perlu disedari bagi mereka yang bergelar manusia.

Hikmahnya

     Kebanyakan manusia bila mana mereka berada dalam keadaan sihat, jarang sekali mereka ingin bersyukur kepada Allah. Sebaliknya, bila mana mereka diuji dengan ujian kesihatan, mereka sentiasa menyebut perkataan: Ya Allah sakitnya.. Astaghfirullah.. Ya Rabbi.. dan berbagai lagi. Tidak terkecuali juga dengan diri ini. Mungkin sebelum ini ana kurang bersyukur akan nikmat Allah, bila mana ditarik sekejap nikmatNya terasa bagaikan susahnya hidup ini.

Allah berfirman dalam hadis qudsi:

Aku mengikut sangkaan hambaKu, Aku bersamanya (memberi rahmat dan membelanya) apabila dia mengingatiKu. Jika mereka mengingati dalam dirinya nescaya Aku akan menyebutnya dalam diriKu. Apabila mereka menyebut namaKu dalam kumpulan nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka. Jika mereka menghampiriKu sejengkal, Aku mendekati mereka sehasta. Jika mereka menghampiriKu sehasta, Aku mendekati mereka sedepa dan apabila mereka datang kepadaKu dalam keadaan berjalan, Aku datang kepada mereka berlari.”
(Bukhari: 171/8)


.::Subhanallah, lihatlah betapa penyanyang dan rahmatnya Allah::.

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger