14 Oktober 2010

Seminggu di bumi Yaman...

Assalamu’alaikum wbt…

            Alhamdulillah, dapat lagi ana mengisi sedikit sebanyak laman coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan Ilahi ini dengan kehidupan di bumi Yaman. Keberadaan ana di bumi Yaman ni baru mencecah seminggu.

Biah @ Suasana di Yaman

            Keluar saja dari flight, angin sejuk terus merempuh badan yang hanya berselimut dengan jaket nipis. Angin yang tak pernah terbayang dek akal yang cetek. Sungguh sejuk menyebabkan badan yang lemah ini tergigil-gigil.

Tanya seorang sahabat: Macam mana, sejuk ke?
Ana: Sangat sejuk, macam duduk dalam aircond .
Sahabat: Ni baru permulaan musim sejuk.

Rupa-rupanya, kehadiran ana di bumi Yaman pada waktu itu dalam musim sejuk. Keesokan harinya, bibir mulut mula pecah-pecah dan hidung terasa amat sakit dek kesejukan. Ini semua mesti diharungi demi mencapai matlamat yang telah digariskan.

Pengurusan di bumi Yaman

            Sebelum daripada ni, ana pernah membaca blog-blog sahabat seperjuangan di bumi Iman mengatakan bahawa orang arab (yaman) pengurusan mereka lembab dan tidak bersistematik. Sekarang ana dapat melihat sendiri bagaimana pengurusan orang-orang arab. Alangkah indahnya jika mereka melaksanakan 10 muwasofat yang digariskan oleh As-Syahid al-Imam Hasan al-Banna bagi fardhu muslim. Ana tak nak menceritakan apakah 10 tersebut kerna artikel sebelum ni telahpun ana muatkan tentang 10 muwasofat tersebut. Yang ana ingin sentuh adalah muwasofat yang ke 9 iaitu Munazzoman fi syu’unihi (Bersistematik dalam kehidupannya).



Sana’a International Book Fair (معرض صنعاء الدولي للكتاب)

            Alhamdulillah, sewaktu kedatangan ana di bumi Iman, berlangsungnya pesta buku di bandar Sana’a. Pelbagai kitab ada dijual di sana. Kitab-kitab haraki mahupun jihad yang tak ada di Malaysia bertebaran di Yaman. Inilah hikmahnya Yaman. Jika di negara lain, kitab-kitab sedemikian diharamkan maka di sini di jual dengan harga yang murah dan mudah didapati tanpa sebarang gangguan dari pihak pemerintah ataupun polis. Sambutan yang diberikan oleh penduduk Yaman amat mencuit hati ana. Mungkin ana tak pernah melihat keadaan sebegini di Malaysia. Teringat suatu cerita tentang seorang tokoh dalam bidang nahu akan kesungguhannya untuk mendapat kitab.

Abdullah bin Ahmad atau yang lebih masyhur dengan panggilan Ibn al-Khassyab.
Dia pada suatu hari ingin membeli buku yang harganya lima ratus dinar, padahal waktu itu dia tidak mempunyai apa-apa. Kemudian, dia minta kepada penjual buku itu agar menunggunya selama tiga hari. Keesokan harinya, Ibn al-Khassyab pun menjual rumahnya. Dia menawarkan rumah itu seharga lima ratus dinar. Setelah rumahitu laku dan memiliki wang sebanyak lima ratus dinar, maka pergilah dia kepada penjual buku tempoh hari dan akhirnya, barulah dia mendapatkan buku-buku itu.
(Ibn Rajab, Dzail al-Tabaqat)

            Nah, lihatlah betapa hebatnya seorang ulama’ dalam pencarian ilmu. Tak mustahillah jika nama mereka dan karya-karya mereka sehingga hari ini sebut-sebut dan diguna pakai. Justeru itu, bagaimana pula dengan diri kitayang juga seorang penuntut ilmu? Ke mana wang kita dihabiskan?
1)     Topup
2)     Topup
3)     Topup
4)     Perkara-perkara yang tak bermanfaat

Maaf jika ianya silap. Jawapan di atas adalah pandangan ana.
            Teringat juga kata-kata Us. Nordin akan perihal manusia:
1)     Orang yang sangat berjaya adalah orang yang mencipta kesempatan
2)     Orang yang berjaya adalah orang yang mengambil kesempatan yang hadir
3)     Orang yang tidak berjaya adalah orang yang menunggu kesempatan

Jadi ana juga tak nak mahu lepaskan peluang yang ada dengan membeli beberapa buah kitab seperti:
1)     Bidayatul Mujtahid
2)     Syarah Riyadhus Solihin
3)     Bulughul Maram
4)     Subulus Salam (syarah Bulughul Maram)
5)     Fiqh Sunnah
6)     Fiqh Manhaji
7)     Masailul Jumhuri fi Fiqh Islami
8)     Al-Aqidatul Islamiah ‘indal fuqaha’ arba’ah
9)     Aqaidus Salaf
10)Muskilatul fi toriqil tarbiah islamiah
11)Kaifa nafhamul Islam
12)Qodhoya asasiah fi Tariqi dakwah
13)Kitab-kitab karangan As-Syahid Dr. Abdullah Azzam
14)Dan banyak lagi

Mudah-mudah ana habis mentalaah kitab-kitab ini, beramal dengannya seterusnya menyebarkannya pula pada masyarakat. Tolong doa-doakan ya…

Ketika selesai memborong kitab

Bersama dengan pembantu salah satu gerai yang dilawati

Maka inilah hasilnya

3 comments:

Unknown berkata...

salam akhi...semoga sihat
maaf tak sempat g hntr enta
timba ilmu byk2. curah di rantau panjng
jgn lamo sgt di bumi orang
rindu u berjuang b'sama2 di kampung

Unknown berkata...

Cukup menarik....

Mat Jey berkata...

Teringin juga nak ke Yaman.. Nampak panas, tp katanya sejuk.

Catat Ulasan

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger