Assalamu’alaikum wbt
Selamat bagi mereka yang mengikuti petunjuk kitabullah dan sunnah rasulullah saw.
Telah sekian lama rasanya diri yang dhoif ini membisu tanpa sebarang berita mahupun pengisian di medan blog ini. Apapun, ana mengucapkan Jazakumullahu khairan kathira buat para pengunjung sekalian. Semoga mendapat sedikit sebanyak manfaat daripada pengisian yang tidak seberapa ini.
Tasjil di jamiah
Alhamdulillah, kelmarin ana selesai tasjil (daftar) di sebuah universiti di bumi Yaman. Sebuah universiti yang makruf dikalangan mahasiswa Malaysia di bumi Yaman. Tidak kurangnya juga bilangan mahasiswa Malaysia di universiti ini. Universiti yang ana maksudkan adalah University of Science & Technology atau dalam bahasa arabnya جامعة العلوم و التكنولوجيا .
Segalanya baru
Kini segalanya baru. Bermula dengan diri sendiri yang mesti menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat yang baru, kawan-kawan seperjuangan yang baru, pensyarah yang baru, universiti yang baru, bilik kuliah yang baru dan sebagainya. Mudah-mudahan dengan segala yang baru ini dapat melonjakkan lagi semangat untuk terus memburu ilmu Allah swt dan yang paling penting keredhaanNya.
Terkenang nostalgia di bumi tarbiah Nilam Puri
Bila terkenangkan kembali nostalgia ketika mana di bumi tarbiah Nilam Puri suatu ketika dahulu, kadang kala mutiara kecil di birai kelopak mata menjelma dan kadang kala bibir mulut yang merekah disebabkan cuaca yang sejuk mengukir senyuman tanpa disedari. Apa tidaknya, di bumi Nilam Puri lah ana mula mengenali kehidupan dengan meniti dan kadang kala merangkak di jalan kehidupan yang penuh dengan becak serta lumpur.
Ana bersyukur kepada Rabbul Jalil atas perancanganNya meletakkan ana dalam bekas yang baik dan dipimpin oleh mereka yang benar-benar ikhlas. Tak perlu rasanya ana menyebut nama-nama mereka yang banyak berjasa buat diri ini. Biarlah ianya sentiasa tersimpan di hati kecil ini yang disaluti dengan kasih sayang. Barakallahu fikum…
Mereka yang ana cintai
Mereka yang ana cintai. Kenapa ana menyintai mereka?
Kerana...
Demi ana, mereka sanggup mengabaikan kepentingan diri mereka.
Demi ana, mereka sanggup bersusah payah.
Demi ana, mereka sanggup menanggung derita.
Demi ana, mereka sanggup tidak tidur malam.
Demi ana, mereka sanggup tidak memakai pakaian baru.
Terlalu banyak untuk ana sebutkan. Hanya Allah yang mengetahuinya.
...Mereka adalah aboh dan ummi...
Ya Allah, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak daripada kecil dan masukkan mereka dalam golongan yang menjadi tetamu istimewamu di syurgamu kelak...
Kini pengajian telahpun bermula
Kebanyakan hari cuti bagi mahasiswa ataupun pelajar di mana-mana institusi pengajian seluruh Yaman pada hari Jumaat. Manakala pengajian ana di UST hanyalah 4 jam sehari. Setiap hari bermula jam 8 pg - 12 tghari kecuali hari ahad iaitu jam 10 pg. Bermula Sabtu ni, waktuku semakin padat dengan bermualnya mengikuti talaqqi daripada Syeikh Jamiah Iman yang bermula sejurus selepas zohor. Zohor di Yaman jam 12 tghari berbanding di Malaysia jam 1 ptg. 2 buah kitab akan ditalaqqi dengan syeikh tersebut iaitu kitab matan Abi Suja' dan Luma' (usul fiqh).
Ketika waktu rehat
Hanya bersarapan dengan sandwich dan air mineral
Keadaan dalam kelas
Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan pemburuan ilmu dan keredhaanNya di bumi Yaman ini.
1 comments:
Jamiah Ulum... sama dgn 2 org sahabat ana ya..? Selamat mengaji.. Insya-Allah kekgi ana g bolehlah antum semua ajor ana eh..?
Catat Ulasan