Kejohanan sukan IPTIM adalah salah satu sukan yang mengikat silaturrahim dikalangan mahasiswa/i IPTS-IPTS Islam Semalaysia. Kejohanan ini berlangsung 2 tahun sekali manakala tuan rumah kepada sukan ini berubah-ubah setiap tahun. Tuan rumah pada tahun ini adalah Kolej Universiti Islam Melaka.
Alhamdulillah kami sampai di sana lebih kurang pukul 2.00 p.m. walaupun perjalanan kami hampir 18 jam (kebiasaannya hanyalah 10 jam) akibat berhempas pulas dengan mehnah dan tribulasi. ‘Ala kullihalnya sampai la juga kami dan inilah first time ana datang ke KUIM.
Luahan…
Sesampai sahaja di sana, jiwa keluh kesah dibuatnya. Astaghfirullah… jika nak dibandingkan dengan infrastrukturnya dengan KIAS tak terbanding rasanya. Serba-serbi kelengkapan disediakan buat mahasiswa/i di sini. Namun, jika dibandingkan dari sudut environmentnya…ana berani katakan yang KIAS jauh lebih islamik dan masih lagi terpelihara. Manakan tidaknya, percampuran antara lelaki dan perempuan sudah dianggap biasa di sini. Seolah-olah itu bukanlah satu kesalahan disisi agama.
Tidak cukup dengan itu, pakaian siswi-siswi entah dari mana dapatnya. Mungkin mereka pinjam daripada adik-adik mereka sehinggakan ada sebahagian daripadanya ternampak urat bukan hanya sekadar aurat. Benarlah sabda rasulullah s.a.w.
Mafhumnya:
Perempuan-perempuan akhir zaman, mereka memakai pakaian-pakaian tetapi seolah-olah mereka telanjang.
Suatu perbandingan…
Bila ana mengenangkan perkara di atas, ana teringat bagaimana seorang muslimat yang mati ditikam 18 tikaman gara-gara mempertahankan jilbabnya. Pahlawan jilbab ini sungguh kental imannya sehinggakan sanggup mempertaruhkan nyawa beliau kerana mahu menegakkan syiar Allah di muka bumi ini. Sedikitpun beliau tidak membuka jilbabnya, usahkan untuk terlihat uratnya, bahkan auratnya sama sekali tidak. Demi tuntutan agama, beliau tetap dengan jilbabnya walaupun dengan pemakaian sebegitu di anggap terror.
Jelas kepada kita, beliau bukannya mempersembahkan badannya ataupun auratnya kepada masyarakat umum tetapi siswi Islam pada hari ini sengaja memakai pakaian yang ketat-ketat. Untuk siapa kamu tunjukkan badan kamu kepada masyarakat umum? Tak terbayangkah olhmu akan Neraka Jahannam? Dengan berpakaian sedemikian, bukan sahaja kamu yang berdosa tapi kamu menyebabkan masyarakat umum juga terlibat sama. Jangan jadi mahasiswi Islam yang digelar Jahiliyyah moden.
Pengurus sukan yang berotak sekular…
Masuk hari ke-4 berlangsungnya kejohanan sukan IPTIM, ana diminta untuk mewakili mesyuarat bersama dengan pengurus-pengurus kontinjen dari pelbagai kampus untuk membincangkan perihal pertandingan olahraga yang akan bermula pada keesokan harinya. Ringkas cerita, salah satu agenda mesyuarat tersebut, samada kejohanan olahraga tersebut dibuat secara berasingan antara siswa dan siswi ataupun secara serentak (siswa boleh lihat siswi lari manakala siswi boleh lihat siswa lari).
Ana dimaklumkan bahawa sebelum daripada ini pun, perkara ini menjadi isu dikalangan pengurus-pengurus sukan. Hanya pengurus daripada KIAS sahaja mempertahankan supaya dibuat secara berasingan kerana ini melibatkan dosa dan pahala. Maklum sajalah bila mana muslimat berlari sepastinya bentuk tubuh akan kelihatan dan banyak lagi benda yang sepatutnya siswa haram melihatnya. Perkataan KIAS terngiang-ngiang di kepala pengurus-pengurus sukan yang mewakili kampus kerana disebabkan kejohanan sukan dibuat secara bercampuran di antara siswa dan siswi, KIAS dengan tegas menarik diri kesemua perlawanan yang melibatkan penyertaan muslimat. Hal ini terjadi beberapa tahun yang berlalu.
Berbalik kepada mesyuarat yang ana hadiri tadi, bila disentuh isu berkenaan, dengan selamba dia (pengurus sukan kolej Islam utara) memberikan responnya:
“Apa salahnya jika kita jalankan kejohanan ini (olahraga) secara bercampuran, mereka dah besar…mereka bukannya beromen, just nak bersukan. Lagi[un, mereka bukan berada di dalam bilik tapi di tempat awam.”
Bila dengar saja ayat tersebut, teringin sahaja ana mengangkat tangan untuk hadiahkan kepadanya….geram, marah, semuanya ada.
Bukan sekadar itu, yang lebih memeranjatkan apabila melibatkan acara badminton berpasukan. Betapa dangkalnya pemikiran penganjur kejohanan apabila adanya acara badminton campuran (lelaki & perempuan). Tak sepatutnya terjadi perkara sedemikian bagi kolej yang bertitle ISLAM. Inilah akibatnya apabila terdapat individu yang berotak sekular di dalam sesebuah organisasi. Bila diungkitkan hal yang berkenan, dipandangnya kita adalah kuno, jumud, tidak profesional dll. Bagi mereka, profesionalisme lebih penting daripada dosa dan pahala.
Persoalannya:
Apa bezanya antara kejohanan anjuran IPTS-IPTS ISLAM MALAYSIA (IPTIM) dengan IPT-IPT yang bukan Islam??
Keadaan sedemikian seolah-olah kita membuka ruang kepada siswa/i dalam melakukan maksiat kepada Allah dengan pemakaian atlet sukan perempuan yang menampakkan bentuk tubuhnya kepada lelaki.
Jahiliyyah…
Jika kita merenung sirah nabawiyah, perkataan jahiliyyah disandarkan kepada ‘Arab bukan kerana kebodohan mereka dalam menjalani kehidupan harian tetapi lebih dari itu. Perkataan Jahiliyyah disandarkan kepada mereka kerana mereka hidup bukan dalam naungan petunjuk. Ya, petunjuk yang dimaknsudkan adalah Islam. Sistem kehidupan Islam sahaja yang membezakan seseorang tersebut samada Jahiliyyah ataupun tidak. Jangan sampai kita digelar jahiliyyah moden…
.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger
0 comments:
Catat Ulasan