02 September 2009

Hanya kerana 5 sen, rakyat terus merana!!!

Ramadhan sudah menjangkau hari ke-11. terus pergi tanpa menghiraukan kita. Sepasti, bagi umat Islam khususnya waranegara Malaysia baru sahaja menyambut hari kemerdekaan yang entah apa merdekanya. Jika nak dikatakan Malaysia ini benar-benar merdeka, kenapa undang-undang negara masih lagi dicedok dari Barat. Bermakna kita belum lagi merdeka dari sudut undang-undang. Kalau kita mempelajari Politik Islam (alhamdulillah saya sedang belajar kerana sudah tercatat dalam silibus pengajian saya), undang-undang seharusnya dikembalikan kepada Allah. Segala undang-undang mestilah digubal berdasarkan 'perlembagaan' yang dibawa oleh junjungan besar Muhammad Bin Abdullah (al-Quran dan sunnah). Mereka yang ikhlas (yang menyambung risalah nabi) sanggup berjuang dalam soal politik negara bermati-mati, bukanlah kerana mereka mahukan kuasa politik tetapi mereka berjuang semata-mata ingin mengembalikan hukum-hukum itu kepada Penghukum yang sebenar iaitu ALLAH S.W.T.

Dalam prinsip-prinsip politik islam (qawaid siyasah syar'iyyah) yang pertama ialah mengembalikan hukuman kepada Allah (Allah sebagai penghukum). Atas dasar ini mereka sanggup berjuang bermati-matian dalam arena politik tanah air. Kita perlu sedar tiada penghukum yang lebih adil melainkan Allah.

Berbalik kepada 5 sen, kini kita akan melihat kembali rakyat akan terasa beban dengan kenaikan harga bagi setiap liter petrol sebanyak 5 sen. Pulangannya nanti, kita akan lihat semua barang-barang keperluan dan asasi rakyat juga akan melonjak sama. Akhirnya, rakyat menanggung bebanan ini. Sungguh kecewa... bunyinya memang sedikit, hanya 5 sen bagi setiap liter petrol.

Kenapa perlu menukar daripada pekataan petrol kepada RON95. Apakah ianya satu strategi pihak berkuasa untuk mengelirukan rakyat bagi membolehkan keuntungan??? Ataupun ianya satu kaedah baru untuk menaikkan harga minyak???

Bukankah kita adalah negara pengeluar minyak???

Kita hampir dengan hari raya aidilfitri, sepastinya rakyat akan terasa kesan atas kenaikan harga minyak ini dengan disusuli kenaikan harga barangan keperluan rakyat...Apa yang jadi dengan rakyat yang hidup mereka begini???




0 comments:

Catat Ulasan

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger