08 November 2010

KHAS BUAT ADIK-ADIK YANG MENERUSKAN PERJUANGAN

            Ketahuilah duhai adik-adik yang ana cintai kerana Allah, saat ana menulis perkongsian hatiku ini, hatiku senantiasa memikirkan perjalanan dakwah yang kamu pimpini. Wajah-wajah jernih kalian terbayang-bayang di hadapanku. Ana membayangkan bagaiamanakah generasi sekarang dan generasi seterusnya yang hidup di bumi yang pernah suatu ketika dulu ana ditarbiah dan disemai benih-benih dakwah. Ana membayangkan kejernihan wajah-wajah para murabbi yang senantiasa membimbing kita walau dalam keadaan perih mahupun senang. Satu yang ana fikirkan, mampukah kita mengikuti jejak langkah mereka. Mereka benar-benar ikhlas memikul amanah untuk membimbing kita.

Kita sedia maklum bahawa tugas yang sedang terpundak di atas bahu kita adalah suatu bebanan yang amat berat. Ianya membutuhkan kepada pengorbanan (tadhiyyah) yang sungguh-sungguh. Pengorbanan itu telahpun dirakamkan oleh sang Pencipta swt:

 Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
(At-Taubah: 41)

            Namun yang dimaksudkan dengan pengorbanan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam risalah ta’lim:

menyumbang jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. Segala pengorbanan yang disumbangkan demi gagasan ini tidak akan disia-siakan sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang lebih baik. Sesiapa yang tidak mahu berkorban bersama kita dia akan menanggung dosa.”

Firman Allah:

 Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.”
(At-Taubah: 111)

            Benarlah jika kamu beranggapan bahawa kerja-kerja yang kita lasanakan ini tiada gaji, memenatkan, menyulitkan, membuatkan kita senantiasa tidak mencukupi masa untuk beristirehat dan membosankan. Semua yang kamu katakan itu  benar...! Tiada sesiapapun akan mengatakan sebaliknya. Ingatlah duhai adik-adikku, berbaloikah kita hanya bergembira dan bersenang-lenang di dunia sahaja dan merana di akhirat kelak. Ketahuilah, kerja-kerja yang sedang dilaksanakan oleh kalian sedikit pun tidak mensia-siakan kalian bahkan membuatkan kamu senang dan selesa di akhirat kelak. Ini kerana Allah membeli jiwa-jiwa yang sanggup berkorban dan meletakkan diri mereka di atas jalan menegakkan agamaNya.

Firman Allah swt:

 Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Ana tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya). Dengan itu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.”
(As-Shaff: 10-12)
           
            Nah! Duhai adik-adik yang ana cintai kerana Allah. Tidak cukup lagikah dengan perniagaan yang Allah tawarkan kepada kita? Apa kita masih ingin bersenang-lenang dengan dunia yang senantiasa menipu? Tiada siapa yang mampu memaksa dirimu untuk bersama dan membuat kerja-kerja yang menyulitkan ini melainkan dirimu yang rela. Ana tidak mampu untuk memaksa dirimu dan begitu juga dengan para murabbi yang membimbingmu. Benarlah firman Allah swt:

 Kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
(At-Taubah: 42)

            Duhai adik-adik yang ana cintai kerana Allah, ana mengetahui siapalah diri ini untuk membicarakan soal perjuangan dengan kalian. Tapi atas dasar kecintaanku kepada kalian mendalam yang membuatkan hatiku tergerak untuk mencoretkan sebuah ukiran yang lahir dari hatiku walaupun ianya hodoh pada pandangan kalian. Beberapa perkara yang kalian mesti mengetahui dan merealisasikannya untuk dijadikan bekalan sepanjang pengemudianmu di lautan dalam:

1)      Ketaqwaan kepada Allah
Ini kerana prasyarat utma dalam meraih kemenangan dan pertolongan dari Allah swt adalah keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.
Ini telahpun dirakamkan oleh Allah swt:
 Dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ath-thalaaq: 2-3)

 Dan Demi sesungguhnya, Kami telah tulis di Dalam Kitab-kitab Yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu Yang soleh.”

2)      Bekerjalah dengan kefahaman dan diiringi semangat
Ini juga antara perkara yang mesti kita perhatikan. Ramai dikalangan kita mampu berdakwah dari pagi hingga ke malam, bekerja dan melaksakan tugas atas semangat yang membara tanpa diiringi kefahaman yang jelas akan dakwah. Duhai adik-adikku, bekerja dan berjuanglah dengan dibekali kefahaman yang jelas dan diiringi semangat yang membara.
Imam Syahid Hasan Al-Banna menegaskan:
Dakwah ini tidak akan serasi kecuali dengan orang yang telah memahaminya dari segala sisinya.”

3)      Salamatus sodri dan lembut sesama sahabat seperjuangan
Ketahuilah adik-adikku, kita bekerja bukan dalam syarikat mahupun wujud orang atasan dan bawahan. Kita bekerja atas dasar kefahaman dan semangat serta pengorbanan demi kebangkitan Islam. Oleh itu, ketepikanlah ‘soal hati’ kerana disebabkannya kita tidak mampu untuk bergerak dan berjalan seiring dalam satu jamaah yang kuat. Inilah virus yang menyebabkan bacth kami berpecah dan bertelagah sesama sendiri. Sedarilah, syaitan senantiasa ingin merosakkan kesatuan dan kesepaduan kita dalam berkumpulan agar ghayah (tujuan) yang kita gariskan tidak kesampaian. Ana amat berharap, jauhilah penyakit ‘soal hati’ yang senantiasa memakan hati pejuang-pejuang kebangkitan. Lembut, santun, hikmah dan berhusnu zhonlah dengan sahabat seperjuangan. Lemparkanlah jauh-jauh penyakit hatimu agar Islam terus bangkit di bumi yang kamu pijak.
Imam Syahid Hasan Al-Banna menegaskan:
نتعاون في ما اتفقنا, ونتسامح في مختلفنا
Kita tolong-menolong dalam benda yang kita sepakati, dan kita bertoransi dalam benda yang kita bercanggah (khilaf).”

4)      Senantiasalah bersama sahabat-sahabat seperjuangan (Kebersamaan)
Ketahuilah adik-adikku, kebersamaan memainkan peranan penting dalam perjalan menuju ghayah yang ditetapkan bersama. Bangunan tidak akan terbina jika hanya dengan adanya batu yang banyak bertebaran tetapi ianya akan terbina sekiranya batu-batu yang bertebaran dan berselerakan itu dicantumkan dengan ikatan yang kuat. Nah duhai adik-adikku, jumlah kita bukannya sedikit tetapi keadaannya sama seperti batu yang bertebaran dan berselerakan tanpa ada sebarang cantuman dan ikatan yang kukuh.
Rasulullah saw bersabda:
المؤمن للمؤمن كالبنيان يشدّ بعضه بعض
Orang mukmin kepada mukmin yang lain seperti bangunan, saling  menguatkan setengahnya dengan setengah yang lain.”
(Hadis sohih)
            Akhirnya, ana mengetahui bahawa coretan ini hadir tanpa diundang dan apalah sangat nilainya kerna semuanya telah kalian ketahui hafal. Namun ana ingin nyatakan bahawa coretan ini lahirnya dari hati seorang kekanda yang cintakan adik-adik seperjuangannya dan generasi mendatang.

Semoga ianya bermanfaat buat kalian duhai adik-adikku…

Bingkisan dari:
Sana’a, Republic of Yemen

TUJUAN (GHAYAH) UTAMA DAKWAH

            Ghayah adalah tujuan terakhir yang ingin diraih oleh seseorang sehingga tiada tujuan lagi setelah itu. Ghayah (tujuan) manusia dalam hidup ini adalah merealisasikan maksud yang diciptakannya manusia, iaitu “penghambaan” atau “beribadah” kepada penciptanya Allah swt.

Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaKu.
(Adz-Dzariyat: 56)

            Berkaitan dengan hal tersebut, Imam Syahid Hasan Al-Banna berkata: “Al-Quran telah menjelaskan beberapa jenis tujuan dalam hidup dan sikap manusia terhadapnya. Al-Quran menjelaskan bahawa ada sebahagian manusia yang tujuan hidupnya adalah:

1)      Makan dan bersenang-lenang
Dan orang-orang kafir bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang dan Jahannam adalah tempat tinggal mereka.” (Muhammad: 12)
2)      Perhiasan dan kekayaan sementara
Dijadikan indah (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” (Ali-Imran: 14)
3)      Menyebarkan fitnah, kejahatan, dan kerosakan
Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hati dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari kaum), maka ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, merosak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan.” (Al-Baqarah: 204-205)

            Itulah tujuan-tujuan manusia dalam hidup ini. Allah swt telah membersihkan kaum mukminin dari tujuan-tujuan tersebut dan menganugerahkan kepada mereka tugas yang paling tinggi dan memikulkan di pundak mereka kewajiban yang luhur iaitu:

Menunjukkan manusia ke jalan kebenaran, membimbing mereka pada kebaikan dan memerangi alam semesta dengan MatahariIslam.

77. Wahai orang-orang Yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan Beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).

78. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah Dengan jihad Yang sebenar-benarnya Dia lah Yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya); dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah Dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di Dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. maka (Allah Yang demikian sifatnya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan.
(Al-Hajj: 77-78)

            “Maka demi Tuhanmu, wahai saudaraku yang mulia, apakah kaum muslimin telah memahami makna itu dari Kitab Tuhan mereka? Sehingga jiwa dan ruh mereka membumbung tinggi, terbebas dari perbudakan materialistisme, bersih dari syahwat dan hawa nafsu, tidak terjebak pada urusan-urusan remeh-temeh dan tujuan-tujuan rendah, dapat mengarahkan wajah dengan lurus kepada Allah yang telah menciptakan langit dan bumi, menegakkan kalimah Allah, berjihad di jalanNya, menyebarkan agamaNya serta membela syariatnya? Ataukah mereka justeru telah menjadi tawanan syahwat serta budak hawa nafsu dan kesekarahan, yang difikirkan hanyalah makana yang lazat, kenderaan yang mewah, pakaian yang indah, tidur yang menyenangkan, isteri yang cantik, penampilan yang bergaya, dan gelar-gelar kosong?

Mereka puas dengan angan-angan,
Dan sibuk dengan keuntungan sendiri,
Mereka kata menyelami laut perjuangan,
Tetapi mereka sedikit pun tidak tersentuh air,
Sungguh benar ketika Rasulullah saw bersabda:
Celaka hamba dinar,
Celaka hamba dirham.”’
(Risalah Ila Ayyi Syaiin Nad’un Naas)

            Inilah tujuan dakwah kita dan inilah tujuan pokok projek kebangkitan kita. Tujuan utama kita adalah beribadah kepada pencipta swt. Dengan menunjukkan manusia ke jalan kebenaran, membimbing seluruh manusia kepada kebaikan dan menerangi alam semesta dengan cahaya Islam.

Dipetik dari: Pilar-pilar Kebangkitan Ummat, Intisari Buku Majmu’atur Rasail

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger