14 Oktober 2010

Pemgembaraan memburu ilmu di bumi Iman & Hikmah 1...

Assalamu’alaikum wbt

Selamat bagi mereka yang mengikuti petunjuk kitabullah dan sunnah rasulullah saw.

            Telah sekian lama rasanya diri yang dhoif ini membisu tanpa sebarang berita mahupun pengisian di medan blog ini. Apapun, ana mengucapkan Jazakumullahu khairan kathira buat para pengunjung sekalian. Semoga mendapat sedikit sebanyak manfaat daripada pengisian yang tidak seberapa ini.

Tasjil di jamiah

            Alhamdulillah, kelmarin ana selesai tasjil (daftar) di sebuah universiti di bumi Yaman. Sebuah universiti yang makruf dikalangan mahasiswa Malaysia di bumi Yaman. Tidak kurangnya juga bilangan mahasiswa Malaysia di universiti ini. Universiti yang ana maksudkan adalah University of Science & Technology atau dalam bahasa arabnya    جامعة العلوم و التكنولوجيا .







Segalanya baru

            Kini segalanya baru. Bermula dengan diri sendiri yang mesti menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat yang baru, kawan-kawan seperjuangan yang baru, pensyarah yang baru, universiti yang baru, bilik kuliah yang baru dan sebagainya. Mudah-mudahan dengan segala yang baru ini dapat melonjakkan lagi semangat untuk terus memburu ilmu Allah swt dan yang paling penting keredhaanNya.

Terkenang nostalgia di bumi tarbiah Nilam Puri

            Bila terkenangkan kembali nostalgia ketika mana di bumi tarbiah Nilam Puri suatu ketika dahulu, kadang kala mutiara kecil di birai kelopak mata menjelma dan kadang kala bibir mulut yang merekah disebabkan cuaca yang sejuk mengukir senyuman tanpa disedari. Apa tidaknya, di bumi Nilam Puri lah ana mula mengenali kehidupan dengan meniti dan kadang kala merangkak di jalan kehidupan yang penuh dengan becak serta lumpur.
Ana bersyukur kepada Rabbul Jalil atas perancanganNya meletakkan ana dalam bekas yang baik dan dipimpin oleh mereka yang benar-benar ikhlas. Tak perlu rasanya ana menyebut nama-nama mereka yang banyak berjasa buat diri ini. Biarlah ianya sentiasa tersimpan di hati kecil ini yang disaluti dengan kasih sayang. Barakallahu fikum…

Mereka yang ana cintai

            Mereka yang ana cintai. Kenapa ana menyintai mereka?
Kerana...
Demi ana, mereka sanggup mengabaikan kepentingan diri mereka.
Demi ana, mereka sanggup bersusah payah.
Demi ana, mereka sanggup menanggung derita.
Demi ana, mereka sanggup tidak tidur malam.
Demi ana, mereka sanggup tidak memakai pakaian baru.
Terlalu banyak untuk ana sebutkan. Hanya Allah yang mengetahuinya.
...Mereka adalah aboh dan ummi...
Ya Allah, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak daripada kecil dan masukkan mereka dalam golongan yang menjadi tetamu istimewamu di syurgamu kelak...

Kini pengajian telahpun bermula
    Kebanyakan hari cuti bagi mahasiswa ataupun pelajar di mana-mana institusi pengajian seluruh Yaman pada hari Jumaat. Manakala pengajian ana di UST hanyalah 4 jam sehari. Setiap hari bermula jam 8 pg - 12 tghari kecuali hari ahad iaitu jam 10 pg. Bermula Sabtu ni, waktuku semakin padat dengan bermualnya mengikuti talaqqi daripada Syeikh Jamiah Iman yang bermula sejurus selepas zohor. Zohor di Yaman jam 12 tghari berbanding di Malaysia jam 1 ptg. 2 buah kitab akan ditalaqqi dengan syeikh tersebut iaitu kitab matan Abi Suja' dan Luma' (usul fiqh).

Ketika waktu rehat
Hanya bersarapan dengan sandwich dan air mineral

Keadaan dalam kelas

Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan pemburuan ilmu dan keredhaanNya di bumi Yaman ini.

Cerdik biar boleh tumpang, bodoh biar boleh diajar...

Assalamu’alaikum wbt

Selamat bagi mereka yang mengikuti petunjuk kitabullah dan sunnah rasulullah saw.

            Bila kita menggabungkan diri dengan masyarakat ramai, pelbagai kerenah yang kita temui. Samada ia adalah kerenah yang baik mahupun tidak. Antara kerenah yang tidak baik; ada yang sombong, ego, besar diri bila bercakap, dan berbagai lagi. Namun apa yang ana inginkan kongsikan kepada para pembaca sekalian, akan satu pepatah yang amat berharga yang sentiasa diungkapkan oleh datuk nenek moyang kita.

Cerdik biar boleh tumpang, bodoh biar boleh diajar.

            Ini bermakna, kecerdikan kita biarlah dapat dimanfaatkan oleh orang ramai manakala jika kita tidak tahu @ bodoh, biarlah diri kita dapat diajari oleh orang yang lebih mengetahui.

            Fenomena yang berlaku pada hari, ramai orang yang cerdik tetapi kecerdikan mereka tidak dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Teringat bagaimana Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mengungkapkan suatu mutiara yang mahal buat golongan yang belajar (pelajar) dalam sebuah ceramahnya.

Mafhumnya:
Kita tak mahu lebai yang bilamana dia duduk dalam sebuah kampung, hanya dia yang menjadi lebai. Yang kita mahukan adalah lebai yang dapat melebaikan orang lain (muslih).

Ini adalah kerana:

خير الناس ينفعهم للناس

Sekian, wallahua’lam...

Seminggu di bumi Yaman...

Assalamu’alaikum wbt…

            Alhamdulillah, dapat lagi ana mengisi sedikit sebanyak laman coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan Ilahi ini dengan kehidupan di bumi Yaman. Keberadaan ana di bumi Yaman ni baru mencecah seminggu.

Biah @ Suasana di Yaman

            Keluar saja dari flight, angin sejuk terus merempuh badan yang hanya berselimut dengan jaket nipis. Angin yang tak pernah terbayang dek akal yang cetek. Sungguh sejuk menyebabkan badan yang lemah ini tergigil-gigil.

Tanya seorang sahabat: Macam mana, sejuk ke?
Ana: Sangat sejuk, macam duduk dalam aircond .
Sahabat: Ni baru permulaan musim sejuk.

Rupa-rupanya, kehadiran ana di bumi Yaman pada waktu itu dalam musim sejuk. Keesokan harinya, bibir mulut mula pecah-pecah dan hidung terasa amat sakit dek kesejukan. Ini semua mesti diharungi demi mencapai matlamat yang telah digariskan.

Pengurusan di bumi Yaman

            Sebelum daripada ni, ana pernah membaca blog-blog sahabat seperjuangan di bumi Iman mengatakan bahawa orang arab (yaman) pengurusan mereka lembab dan tidak bersistematik. Sekarang ana dapat melihat sendiri bagaimana pengurusan orang-orang arab. Alangkah indahnya jika mereka melaksanakan 10 muwasofat yang digariskan oleh As-Syahid al-Imam Hasan al-Banna bagi fardhu muslim. Ana tak nak menceritakan apakah 10 tersebut kerna artikel sebelum ni telahpun ana muatkan tentang 10 muwasofat tersebut. Yang ana ingin sentuh adalah muwasofat yang ke 9 iaitu Munazzoman fi syu’unihi (Bersistematik dalam kehidupannya).



Sana’a International Book Fair (معرض صنعاء الدولي للكتاب)

            Alhamdulillah, sewaktu kedatangan ana di bumi Iman, berlangsungnya pesta buku di bandar Sana’a. Pelbagai kitab ada dijual di sana. Kitab-kitab haraki mahupun jihad yang tak ada di Malaysia bertebaran di Yaman. Inilah hikmahnya Yaman. Jika di negara lain, kitab-kitab sedemikian diharamkan maka di sini di jual dengan harga yang murah dan mudah didapati tanpa sebarang gangguan dari pihak pemerintah ataupun polis. Sambutan yang diberikan oleh penduduk Yaman amat mencuit hati ana. Mungkin ana tak pernah melihat keadaan sebegini di Malaysia. Teringat suatu cerita tentang seorang tokoh dalam bidang nahu akan kesungguhannya untuk mendapat kitab.

Abdullah bin Ahmad atau yang lebih masyhur dengan panggilan Ibn al-Khassyab.
Dia pada suatu hari ingin membeli buku yang harganya lima ratus dinar, padahal waktu itu dia tidak mempunyai apa-apa. Kemudian, dia minta kepada penjual buku itu agar menunggunya selama tiga hari. Keesokan harinya, Ibn al-Khassyab pun menjual rumahnya. Dia menawarkan rumah itu seharga lima ratus dinar. Setelah rumahitu laku dan memiliki wang sebanyak lima ratus dinar, maka pergilah dia kepada penjual buku tempoh hari dan akhirnya, barulah dia mendapatkan buku-buku itu.
(Ibn Rajab, Dzail al-Tabaqat)

            Nah, lihatlah betapa hebatnya seorang ulama’ dalam pencarian ilmu. Tak mustahillah jika nama mereka dan karya-karya mereka sehingga hari ini sebut-sebut dan diguna pakai. Justeru itu, bagaimana pula dengan diri kitayang juga seorang penuntut ilmu? Ke mana wang kita dihabiskan?
1)     Topup
2)     Topup
3)     Topup
4)     Perkara-perkara yang tak bermanfaat

Maaf jika ianya silap. Jawapan di atas adalah pandangan ana.
            Teringat juga kata-kata Us. Nordin akan perihal manusia:
1)     Orang yang sangat berjaya adalah orang yang mencipta kesempatan
2)     Orang yang berjaya adalah orang yang mengambil kesempatan yang hadir
3)     Orang yang tidak berjaya adalah orang yang menunggu kesempatan

Jadi ana juga tak nak mahu lepaskan peluang yang ada dengan membeli beberapa buah kitab seperti:
1)     Bidayatul Mujtahid
2)     Syarah Riyadhus Solihin
3)     Bulughul Maram
4)     Subulus Salam (syarah Bulughul Maram)
5)     Fiqh Sunnah
6)     Fiqh Manhaji
7)     Masailul Jumhuri fi Fiqh Islami
8)     Al-Aqidatul Islamiah ‘indal fuqaha’ arba’ah
9)     Aqaidus Salaf
10)Muskilatul fi toriqil tarbiah islamiah
11)Kaifa nafhamul Islam
12)Qodhoya asasiah fi Tariqi dakwah
13)Kitab-kitab karangan As-Syahid Dr. Abdullah Azzam
14)Dan banyak lagi

Mudah-mudah ana habis mentalaah kitab-kitab ini, beramal dengannya seterusnya menyebarkannya pula pada masyarakat. Tolong doa-doakan ya…

Ketika selesai memborong kitab

Bersama dengan pembantu salah satu gerai yang dilawati

Maka inilah hasilnya
Assalamu'alaikumwbt...

     Setinggi-tinggi panjatan tahmid buat Rabbul ‘Alamin, selawat serta salam buat junjungan besarnabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi’ien serta individu-individu yang meneruskan mata rantai perjuangan baginda saw hingga ke hari akhirat.
Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian,


     Pertama sekali ana memohon maaf di atas kelemahan yang bersarang dalam diri yang dhoif ini kerana telah lama membiarkan blog ini bersawang di alam maya tanpa ada apa-apa sentuhan mahupun santapan buat para pembaca yang budiman sekalian.
    Posting kali ini ana akan membiarkan gambar-gambar di bawah berceloteh semahunya, kerna dengannya sedikit sebanyak akan mencoretkan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI.


25 September 2010



Ketika di Airport Pengkalan Chepa
Jazakumullahu khairan kathira kpd sanak saudara dan sahabat2 daripada KIAS yang turut menghantar
26 September 2010



Ketika di KLIA bersama dengan sahabat-sahabat yang akan meneruskan perjuangan mereka di bumi Iman dan Hikmah (Yaman)



Bersama dengan 2 orang Mantan Presiden PERMAYA yang banyak membantu urusan ana untuk menyambung pengajian di bumi Yaman
dari kiri: Us. Syed Azwan, Us. Riduan, penulis, adik Yasin

Alhamdulillah akhirnya telah sampai juga ana di bumi iman dan hikmah (Yaman).
Ana memohon maaf buat sahabat-sahabat jika ada kesalahan dan kesilapan sepanjang perkenalan kita, ana memohon berbanyak-banyak kemaafan.

Wassalam..

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger