29 April 2010

Suara Kebangkitan

Muslim sejati...

Di manakah dikau pergi?

Muslimah misali...

Kemana kau menghilang diri?

Zaman memerlukan dirimu...

Ummah memerlukan jiwamu...


Ke manakah dikau pergi?

Dirimu oh muslim sejati...

Ummahmu tercari-cari...

Kembalilah ke mari...


Ke manakah dikau pergi?

Dirimu oh muslimah misali...

Ummahmu ternanti-nanti...

Kembalilah ke mari...

Aku datang...

Menyahut seruan mu...

Aku datang...

Menyahut lembaranmu...

Aku datang...

Menyahut kewajipan ...

Yang ditentukan...


Islamku...

Usah kau menangis lagi...

Usah kau merayu lagi...

Senyumlah kepadaku...

Kini aku datang kepada mu...

Engkaulah kekasihku...

Kusetianya padamu...

Rela ku berkorban...

Demi mu oh Islamku...

25 April 2010

Padang futsal menjadi saksi...

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, petang semalam ana sempat bermain futsal bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Keletihan usahlah diceritakan lagi kerana hampir 2 tahun ana tidak bergiat aktif dalam bidang sukan. Mungkin itulah faktor kekalahan petang semalam. Tahniah kepada sahabat-sahabat yang menang dan kalah.

Namun, permainan semalam bukanlah permainan yang hanya untuk bersuka ria semata-mata tanpa mengahayati apakah pengajaran yang diperolehi secara tidak sengaja. Ini kerana Rasulullah s.a.w. mengingatkan kepada kita dalam sebuah hadis yang bertaraf hasan:

Mafhumnya:
"Orang yang berakal adalah orang yang sentiasa bermuhasabah diri dan beramal untuk sesudah mati manakala orang yang tidak berakal adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya dan berangan-angan agar Allah mengampuninya"
riwayat tirmizi

Pelbagai pengajaran yang akan ana nyatakan sekadar termampu hasil resolusi futsal semalam yang berkait dengan perjuangan menegakkan ISLAM di mana sahaja kita berada.

1) Sasaran/Gol :
Setiap gerak-kerja dakwah mestilah mempunyai sasaran dan matlamat yang ingin dicapai. Begitu juga selaku manusia, seharusnya kita juga mempunyai matlamat yang ingin dicapai. Suatu ketika ana pernah berpesan kepada ahli usrah ana, alhamdulillah kita disibukkan dengan kerja-kerja bepersatuan dan kita dilibatkan berbincang untuk menetapkan matlamat organisasi dan strategi-strategi untuk mencapai matlamat tersebut. Mungkin pada waktu itu kitalah orang yang palin aktif dan lantang menyuarakan pendapat. Hanya satu soalan yang ana ingin tanya: Pernah tak anta tetapkan matlamat hidup anta dan menyusun strategi-strategi untuk mencapainya seperti MBO yang selalu kita buat untuk organisasi?

2) Semangat disertakan dengan kebijaksaan:
Ana terfikir, alangkah indahnya jikalau kita melaksanakan tugasan dakwah sebagaimana kita bersemangat untuk menewaskan pihak lawan. Namun, harus diingat bahawa dengan semangat semata-mata tidak mencukupi untuk memenangi pihak menewaskan pihak lawan kerana ianya hendaklah diselitkan dengan kebijaksanaan.

3) Kerjasama:
Seseorang tidak mampu untuk menjalani hidupnya seorang diri kerana fitrah manusia memerlukan bantuan daripada pihak lain. Apatah lagi kita dalam nak mencapai matlamat yang besar ini.

4) Uslub (cara):
Uslub memainkan peranan yang besar dalam pengembaraan memburu matlamat yang disepakati kerana jika tersilap uslub pendekatan maka kerugian yang besar buat Organisasi tersebut. Contohnya apabila proses pengajakan mad'u untuk bersama di saff perjuangan dilakukan secara tidak menetapi keadaan mad'u akan menyababkan ramai mad'u yang berpotensi untuk membangunkan Islam mengelakkan diri bilamana diajak bersama dalam saff perjuangan. Inilah realitinya yang perlu kita sedari.

5) Kekuatan diri:
Maksud kekuatan diri adalah kekauatan stamina (kalau dalam permainan futsal) supaya tidak kecundang ditengah-tenagh permainan akibat kepenatan yang amat. Manakala kekuatan IMAN diperlukan dalam gerakkerja dakwah supaya dapat menangkis segala mehnah dan tribulasi dalam perjalanan mencapai matlamat dakwah.


Sekian sahaja entri untuk kali ini,yang baik daripada Allah dan yang tidak baik itu kelemahan ana sendiri...Semoga bermanfaat buat pembaca yang budiman...

21 April 2010

Bila POLITIK mengikut cara THOGUT!!!

Bila tibanya saat PILIHANRAYA...


Kau KAKI ARAK!
Kau KAKI JUDI!
Kau KAKI PEREMPUAN!

Bukan hanya sekadar itu bahkan banyak lagi perkataan yang dahsyat digunakan sebagai SENJATA untuk menewaskan MUSUH di gelanggang rakyat dengan mendedahkan keaiban musuh-musuh mereka.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.
(al-Hujurat: 11)


Ibnu Qayyim berkata: "Suatu hari, saya pergi menemui guru Imam Ibnu Taimiyyah untuk mengkhabarkan satu berita gembira tentang kematian musuh ketatnya yang paling kuat menyeterui dan menyakitinya. Lantas diapun memarahiku, mengingkari perbuatanku itu dan beristirja' (menyebut Inna lillah wa Inna Ilaihi Roji'un: Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kepadaNya jualah kita akan kembali). Kemudian dia terus bangun dengan serta-mert a untuk pergi ke rumah keluarga si mati itu bagi mengucapkan takziah kepada mereka dan berkata: "Sesungguhnya diri saya bagi kamu semua adalah ibarat berada di tempatnya. Tiada suatu hajat pun yang kamu perlukan kepada pertolongan, melainkan saya akan menolong kamu untuk mendapatkannya." Lantaran itu, mereka merasa gembira lalu mendoakannya dan menyanjungi perbuatannya itu. Semoga Allah SWT merahmati dan meredhainya."
(Tahdzib Madarij as-Salikin: 437)


Yang menyedihkan bila seseorang itu keluar daripada GENG MEREKA untuk kembali ke pangkuan jalan dan bertaubat, mereka akan serang habis-habisan tanpa melihat kedudukan mereka juga terancam.


Kini segala-galanya terbongkar akibat daripada HASIL TANGAN MEREKA SENDIRI.

Keempat-empat mantan PERDANA MENTERI dan KONCU-KONCU MEREKA didedahkan terlibat dengan pengambilan AIR KEGEMARAN IBLIS.



Sila rujuk:
http://www.malaysiakini.com/news/129704
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Soalnya: Di manakah perjuangan KERAJAAN menegakkan ISLAM?

Jawabnya: Jauh PANGGANG DARI API


Buku: Antara Semalam Dan Hari Ini (Hasan Al-Banna)



Wahai saudaraku,



Anda sekalian BUKAN satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukannya.


Andainya anda ditanya,


“Kamu mengajak kepada apa ?”


Katakanlah,


“Kami mengajak kepada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya”.


Jika dikatakan kepada anda,


“Ini adalah politik”.


Katakanlah,


“Inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini.”


Andainya mereka mengatakan,


“Kamu penyeru revolusi”.


Katakanlah,


“Kami adalah penyeru kebenaran dan kedamaian. Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkan kami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim”.


Andainya dikatakan kepada anda,


“Kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan.”


Katakanlah,


“Kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutu.”
Jika mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka,


Katakanlah..


“Kami tidak mahu orang-orang yang jahil”.


——————————————————————————————————————–


FIKRAH KITA adalah syumul…FIKRAH KITA bukan terpecah-pecah mengikut juzuk-juzuk Islam…


Jika di tanyakan kepada anda,


“SIAPAKAH KITA ?”


Katakanlah,


KITA ADALAH SEMUANYA (ISLAM)DAN KITA TIDAK TAHU PEMBAHAGIAN SEPERTI INI(MENGIKUT JUZUK-JUZUK ISLAM)…


Sumber dipetik dari:


pengembaraanhidup.wordpress.com

07 April 2010

Kewajipan Utama Selaku Seorang Mahasiswa....?

Jom sama-sama kita jawab dengan berpandukan pandangan ulama’ agar kita tidak mengikut hawa nafsu ataupun emosi akibat daripada kecenderungan dan kemahuan kita.

Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi:
“Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang belia dan pemuda yang dahulunya pernah mengambil kursus di bidang perbuatan, kejuruteraan, pertanian, sastera ataupun bidang-bidangfalsafah dan sains di beberapa universiti, dan mereka – selama mengikuti pelajaran – tergolong di dalam kelompok mahasiswa yang baik dan bagus nilai pelajarannya. Namun, tiba-tiba sahaja mereka semuanya meninggalkan bangku kuliyyah dan pelajaran tersebut – tanpa rasa penyesalan – dengan alasan bahawa mereka ingin terjun dan bergiat cergas di bidang dakwah dan tabligh. Walhal, bidang-bidang yang sedang mereka terokai dan pelajari adalah merupakan bidang-bidang yang sangat penting dan termasuk ke dalam kategori fardhu kifayah yang sekaligus bermakna bahawa seluruh umat Islam akan menanggung dosa apabila tidak ada seorangpun yang menguasai bidang tersebut. Lagipun, melalui bidang pengkhususan yang mereka ceburi itu, mereka akan dapat melakukan ibadah dan jihad apabila bidang tersebut dipelajarinya bersungguh-sungguh dan tekun serta diiringi dengan niat yang ikhlas dan sentiasa mengharapkan ganjaran daripada Allah S.W.T.”

Pandangan penulis:

Sememangnya mahasiswa kini perlu berkecimpung dalam gerakan dakwah @ islam kerana ilmu yang dipelajarinya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Apatah lagi dunia hari ini menyaksikan umat Islam dahagakan pengisian yang dapat dijadikan bekalan untuk menyelamatkan mereka di dunia mahupun akhirat. Namun ini bukanlah alasan untuk seseorang mahasiswa terjun ke medan masyarakat dengan mengabaikan perjuangan mereka menuntut ilmu di kampus. Bagaimana nak melakukan proses pembinaan masyarakat sedangkan pembinaan diri sendiri diabaikan? Wujudnya masyarakat hasil daripada wujudnya individu. Alhamdulillah, ana diberi kesempatan oleh Allah untuk memimpin ahli usrah walaupun terasa diri ini cukuk dhoif, dan selalu ana mengingatkan ahli usrah bahawa tidak cukup kalau sekadar kita melaungkan bahawa kita akan tegakkan ajaran Islam di atas muka bumi ini tapi dalam masa yang sama al-Quran dan al-Sunnah kita abaikan. Mana mungkin boleh tegakkan ajaran Islam tanpa ada pembelajaran dan penghayatan terhadap al-Quran dan al-Sunnah diabaikan kerana kesmua ajaran Islam terkandung dalam kedua-dua sumber tadi.

Jika kita meneliti bagaimana saat permulaan Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi seorang pesuruh Allah, dengan turunnya wahyu daripada Allah Azza wa Jalla; perkara pertama yang diperintahkan oleh Allah kepada RasulNya adalah membaca bukannya terus berjihad dan menyebarkan dakwah. Hal ini jelas bahawa penguasaan ilmu mesti menjadi kewajipan utama kepada seorang mahasiswa sebelum terjun bersama bersama masyarakat. Dengan kata lain jihad ilmu adalah jihad yang paling afdhal bagi seorang mahasiswa.

Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi di dalam bukunya “Fiqh Keutamaan” menerangkan bahawa penting ilmu buat seorang pendakwah.

Khalifah Umar Ibn Abdul aziz r.a. mengungkapkan:

“Sesiapa yang berbuat sesuatu tanpa memiliki persiapan ilmu, maka ia akan lebih banyak menyebabkan kerosakan daripada menimbulkan kebaikan.”

01 April 2010

TERCANTUMNYA DUA HATI DENGAN SATU LAFAZ...



Assalamu'alaikum w.b.t.

Dikesempatan ini, ana merasakan masih tidak terlambat untuk mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat akhi Zainal bin Abdullah dengan pilihan hatinya Ukhti Siti Maysarah binti Borhan. Ana mohon maaf kerana ketidakhadiran ana ke majlis akad nikah yang berlangsung pada 26 March 2010 di Tmerloh, Pahang. Apapun ana doakan semoga percaturan Allah terhadap pasangan ini dapat melahirkan Jilul Quran yang akan mempertahan dan menegakkan Islam di atas muka bumi Allah ini. Ana akhiri dengan sepatah doa:

بارك الله لك, وبارك عليك, وجمع بينكما في خير

Maksudnya:

"Semoga Allah memberkatimu dan ke atasmu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan"...(Ashab as-Sunan kecuali An-Nasai. Lihat: Sahih At-Tirmidzi 1/316.

.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger