08 September 2009

HADIAHMU CUKUP BERHARGA BUAT DIRIKU...

Apa yang ana dapat ucapkan adalah Barakallahu Fik atas hadiah yang benar-benar menyentuh jiwaku. Manakan tidaknya, jiwaku cukup dahaga akan ilmu-ilmu tarbiyah. Alhamdulillah... Selesai saja exam Bahasa Arab hari ni, ana diminta oleh seorang insan yang cukup berjasa buatku. Dialah kawan, dialah murabbi, dialah mu'allim yang sentiasa berkongsi suka & duka bersama-sama dalam hari-hari perjuanganku di KIAS. Jasamu takkan ku lupakan. Hanya Allah yang dapat membalas jasamu. Tapi sejak akhir-akhir ini, ana menyedari bahawa wajahmu semakin pucat. Mana tidaknya, kamu bukan hanya memikirkan masalah2 peribadi saja, tapi kamu fikirkan masalah ummah. Aku tak pernah jumpa orang sepertimu sebelum daripada ini. Mungkin Allah nakkan ana belajar erti kehidupan sebenar daripada mu.
Benarlah kata-kata seorang seniorku tentang dirimu, "Dia bukanlah seorang pendidik yang statusnya di i'tiraf seperti pensyarah, guru dll tetapi dia melahirkan jiwa-jiwa yang sanggup berkorban untuk menegakkan ISLAM berbanding dengan pensyarah-pensyarah yang bergiat aktif dalam bilik2 kuliah." _Tiada sedikitpun niat penulis untuk mengagung-agungkan beliau tapi sekadar perkongsian.
Hadiah yang baru ana terima daripadanya adalah sebuah buku. Yang mencuri hati ana adalah tajuk yang tertera di halaman depan buku yang bertajuk : "PILAR-PILAR KEBANGKITAN UMAT". Buku ini dikirimkan kepada beliau (murabbiku) oleh seorang senior yang berjiwa besar yang sekarang ini belajar di Acheh. Syukran Akh Zaim. Ana amat rindu dengan kalian. Kamu tetap berada dalam hatiku.
Insya Allah akan ana kongsikan isi kandungan buku ini dengan pembaca2 sekalian suatu masa nanti.
BARAKALLAHU FIK
JASA KALIAN TAKKAN ANA LUPAKAN

03 September 2009

Kepada Mahasiswa Anak Kelantan


Kepada Mahasiswa Anak Kelantan baik yang berada diluar mahupun di dalam negeri kelantan, antum dijemput ke MESRA AIDILFITRI MAHASISWA KELANTAN 2009 sebagaimana yang tertera di atas...
Ayuh kita menyambut aidilfitri dengan ulama'...

02 September 2009

Hanya kerana 5 sen, rakyat terus merana!!!

Ramadhan sudah menjangkau hari ke-11. terus pergi tanpa menghiraukan kita. Sepasti, bagi umat Islam khususnya waranegara Malaysia baru sahaja menyambut hari kemerdekaan yang entah apa merdekanya. Jika nak dikatakan Malaysia ini benar-benar merdeka, kenapa undang-undang negara masih lagi dicedok dari Barat. Bermakna kita belum lagi merdeka dari sudut undang-undang. Kalau kita mempelajari Politik Islam (alhamdulillah saya sedang belajar kerana sudah tercatat dalam silibus pengajian saya), undang-undang seharusnya dikembalikan kepada Allah. Segala undang-undang mestilah digubal berdasarkan 'perlembagaan' yang dibawa oleh junjungan besar Muhammad Bin Abdullah (al-Quran dan sunnah). Mereka yang ikhlas (yang menyambung risalah nabi) sanggup berjuang dalam soal politik negara bermati-mati, bukanlah kerana mereka mahukan kuasa politik tetapi mereka berjuang semata-mata ingin mengembalikan hukum-hukum itu kepada Penghukum yang sebenar iaitu ALLAH S.W.T.

Dalam prinsip-prinsip politik islam (qawaid siyasah syar'iyyah) yang pertama ialah mengembalikan hukuman kepada Allah (Allah sebagai penghukum). Atas dasar ini mereka sanggup berjuang bermati-matian dalam arena politik tanah air. Kita perlu sedar tiada penghukum yang lebih adil melainkan Allah.

Berbalik kepada 5 sen, kini kita akan melihat kembali rakyat akan terasa beban dengan kenaikan harga bagi setiap liter petrol sebanyak 5 sen. Pulangannya nanti, kita akan lihat semua barang-barang keperluan dan asasi rakyat juga akan melonjak sama. Akhirnya, rakyat menanggung bebanan ini. Sungguh kecewa... bunyinya memang sedikit, hanya 5 sen bagi setiap liter petrol.

Kenapa perlu menukar daripada pekataan petrol kepada RON95. Apakah ianya satu strategi pihak berkuasa untuk mengelirukan rakyat bagi membolehkan keuntungan??? Ataupun ianya satu kaedah baru untuk menaikkan harga minyak???

Bukankah kita adalah negara pengeluar minyak???

Kita hampir dengan hari raya aidilfitri, sepastinya rakyat akan terasa kesan atas kenaikan harga minyak ini dengan disusuli kenaikan harga barangan keperluan rakyat...Apa yang jadi dengan rakyat yang hidup mereka begini???




.::coretan kehidupan seorang hamba mencari keredhaan ILAHI::. Copyright © 2011 | Template created by O Pregador | Powered by Blogger